Mencari sebuah kekuatan

Makin kita dewasa ,makin kita kenal dunia . Bukan lagi dunia yang indah seperti yang diangan-angankan . Bukan juga dunia fantasi yang kita inginkan semasa kecil dahulu . Tetapi dunia yang sangat berbeza 360 darjah . Kita kenal dunia sebenar . Dunia yang kadang kala membuatkan kita jatuh dan luka .
Demi sebuah kehidupan , kita cuba mencari satu kekuatan untuk menjalani sebuah kehidupan . Kekuatan yang perlu kita bina sendiri . Dengan usaha sendiri agar kita terus "hidup" di muka bumi Allah ini .
Saat kita jatuh , kita bangkit . "Jatuh kerana manusia, bangkit kerana Allah" . Bukannya tidak penat , tetapi kerana kita tahu Allah akan sentiasa ada disisi kita . Walau teruk mana pun kita jatuh , kita kena cari kekuatan untuk kita bangkit semula mengejar impian . Seribu satu halangan perlu kita tempuh demi kejayaan =)
1 comments
moving forward ^^
BalasPadam