Kenal sendiri
Tetapi ada lagi satu perkara yang perlu kita ingat dalam cuba mengenali seseorang itu . "Kenal sendiri dengan orang itu" Bukannya dengar dari mulut orang lain sahaja walhal tidak cuba untuk mengenali dan memahami dengan lebih dekat .
Belum rapat tetapi sudah mendengar macam-macam daripada mulut orang lain . Tanpa tapisan,tanpa sekatan . Terima bulat-bulat tanpa usul periksa . Selepas itu mulalah tuduh macam-macam . Mulalah terpengaruh dengan apa yang dia dengar tanpa selidik terlebih dahulu . Akhirnya jadi benci dalam diam kerana orang lain .
Manusia , kadang kita tidak tahu apa dalam hati dia . Nampak baik,naif,diam tetapi apabila sudah benci semua boleh jadi . Burukkan orang itu depan orang lain . Lumrah hidup tidak semua orang suka kita . Ada silap sikit teruklah kena jaja cerita .
Kita kena faham-faham sendirilah . Jangan benci seseorang itu kerana mendengar cerita dari orang lain . Kenali dia dengan sendiri . Jangan cepat menilai orang .
4 comments
setuju tu.. bia kita kenal dulu org tu sendiri baru buat nilai bukan dgr dr org lain.. :)
BalasPadamBetul. Jangan cepat buat pernilaian sendiri =)
Padamyolah
BalasPadamWow ! Fitrie baca blog hanis... hahaha
Padam