Assalamualaikum ,
Sekian,
Tajuk : KELABU
Penulis : Nadia Khan
Harga : RM 24.90
Sinopsis
"Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan.
Apa jadi pada yang ditengah-tengah?
Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku,menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta padanya?
Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, dimana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya selepas itu, korang akan faham macamana rasanya berada didunia aku. Dunia KELABU."
Review Novel
WOW !!! Novel ini TERBAEKK!!! Nampak macam kisah cinta biasa bukan? Boyfriend kontrak bagai tapi percayalah , novel ini tak sebiasa yang korang sangka ! Hanis tak pernah baca novel yang plot dia punya twist sampai macam ini sekali . Sis nangis sebab sis tertipu habis-habisan ! Hanis tak tahulah macam mana penulis novel KELABU ini dapat menulis novel yang berjaya menipu para pembacanya sehingga ke separuh novel ini ! hahaha
Punyalah tengah feeling baca kisah pasal Amir dengan Jun , nampak macam dah nak bahagia dahh . Tetiba sampai tengah buku, kebenaran terserlah ! And hanis tak restu hubungan Amir dengan Jun sebab ianya adalah salah ! Why Hanis cakap salah? haa ni korang kena baca sendiri novel ini sebab kalau Hanis ceriter nanti tak feel lah ...hehehe
Tetapi jujur, buku ni best . Jarang nak jumpa novel yang jalan cerita dia sampai tahap macam ini tau . So belilah di http://fixi.com.my/ dan enjoy !!!
Sekian,
2 comments
Macam best je. Baru cuba menjinakkan diri dengan novel sebab sebelum ni tak minat nak baca.
BalasPadamCuba lah baca hehehe
Padam