Perempuan & Memasak

Assalamualaikum,



Sapa dekat sini yang pandai memasak ? Angkat tangan please hehe . Wah ramai, bagus-bagus . Tepukan untuk diri sendiri =) . Haa tepuklah engkorang sensorang,sat lagi parent korang fikir korang gila . Dah lah tadi tetiba angkat tangan,then tepuk tangan pulak . Memang kena daftar Hospital Tanjung Rambutan awal-awallah ni sebelum penuh . hahaha .

Ok, maaf agak melencong . Sapa yang gila sebenarnya sekarang ni Hanis pun tak tahu hoho .

Memasak . Hmm,bagi korang memasak ini penting ataupun tidak bagi seorang perempuan? Yes or no ? Adakah menjadi satu kewajipan untuk sesorang perempuan pandai memasak?

Bagi Hanis lah , tidak wajib pun perempuan ni pandai memasak . Tetapi, ia merupakan satu bonus jika perempuan pandai memasak . Tak percaya? Cuba korang tanya laki-laki ,dorang lebih suka perempuan yang reti memasak or tidak reti? Of course lah yang reti ye dak wahai jejaka-jejaka sekalian ? hahaha .

“Habis kalau saya memang tak reti masak macam mana?”

" Belajar sayang , belajar ."

Memasak ini bukanlah sesukar yang disangka . Simple je cuma antara nak tak nak je . Bukannya kita mengharapkan awak tu masak setaraf Chef Antarabangsa . Tetapi cukuplah untuk isi perut suami dan anak-anak awak nanti =)

Hanis ni pun bukanlah pandai memasak sangat pun. Masih dalam proses belajar =) . Cukup sekadar tahu asas dan mempunyai keinginan untuk memasak itu pun sudah memadai . Jangan manjakan sangat tangan kita wahai hakak-hakak sekalian,malulah setakat potong bawang, siang ikan pun tak reti…

Jujurlah Hanis mula belajar memasak pun after SPM *tunduk muka malu . Memang agak lambatlah hehehe but belum terlambat guys . Adik Hanis pun lagi pandai masak dari Hanis sebab dulu memang Hanis tak suka memasak . Hanis macam “eii masak? Tak kuasa i” *tangan dibahu mata keatas . Siap kata nak kawin dengan lelaki yang pandai masaklah hahaha itulah alasan Hanis ketika zaman jahiliyah kahkahkah . Kesedaran itu datang bila asik kena perli je tak pandai masak and jeles tengok kawan lelaki yang pandai masak . Gila tak jeles? Rasa tercabar kot ! hahaha . Itu yang cuba tu . Cuba punya cuba , Allhamdulillah bolehlah masak even tak pro . Sekian ,hahaha


So,kesimpulannya . Cubalah memasak walaupun tak reti . Slow-slow dear, ada je masa don’t worry . Kalau sebelum kawin tak reti masak apa salahnya belajar selepas kawin kan? Belajar je . Yang laki pun support lah si bini tu jangan hang duk mengutuk bini hang senyap-senyap dekat laman sosial yang isteri hang tu tak reti memasak ! Diam-diam sudaaa… Uish, jagalah aib si isteri tu, isteri sapa jugak kann…hehehe


Ok,cukup sampai sini . Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa membaca entri ini =)


10 comments

  1. salam hanis akak pon after SPM baru pandai tanak nasi sebelum2 tu masak nasi goreng biasa , mee goreng gitu jelaa, tapi fisrt time masak masa akak darjah 3 masak bihun tu pon lupa letak garam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam haha Hanis pun pernah masak lupa letak garam . Lepas tutup api makan pergh tawar then kelam-kabut masukkan garam sblm umi abah mkn hahaha

      Padam
  2. Nak masak yang penting minat...rajin nak belajar dan sentiasa lapang sada terima komen...luaskan telinga dengar nasihat dan rendah diri bertanya....semua tu susah sebebarnya....tapi percayalah senemangnya bukan chef terkemuka tapi dengan kasih sayang dan air tangan..ia membahagiakan walau telur dadar bawang je dik...hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah masak kena ikhlas dan sabar dgr pelbagai kritikan hehe . Masakan mak lah paling sedap sebab dimasak penuh kasih sayang =)

      Padam
  3. Assalammualaikum hanis. Bagi akk la, pnting bg ssorng ppuan ni thu msak.untung pun dkat diri ppuan tu juga. Mcm akk ni thu msak pun lpas kawen. Sblm kawin thu msak, tp hbat sikit bila lpas kawin la. Ahaaaks! ;)

    Yng best bila buat msakan bru, suami mkn btmbh. Siap puji kata sdap. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, hanis setuju dgn akak hehe . Memasak bagi kelebihan pada perempuan =) . Wahh suami puji tu yang syok tu haha,tahniah akak berjaya mengembirakan hati suami hehehe

      Padam
    2. kena bagi suami suka dgn mskan kita sndiri, sebab takkan ada reason xnak mkan msakan kita kan.. hehehe

      Padam
    3. Yup betul tu akak hehehe . Keep it up =)

      Padam
  4. saya boleh masak, tapi nak hidang kat orang tu memang rasa nervous semacam T_T

    hanisamanina.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa tu lah sbb tak confident . Takut apa yg kita masak tak kena dengan selera org tu kan? hahaha samalah dgn Hanis ...

      Padam