NOVEL PAPA - NOTA LENGKAP
hua penatnya mencari di internet!Akhirnya jumpa juga Nota lengkap Novel PAPA ni, nak kena buat karangan then buat ujian lisan . Cikgu suruh emel kan ke cikgu dahulu karangan yang sudah siap . Dibawah ini belum siap ok! Hanis save dekat sini sebab kalau save dekat komputer ni dia hilang . Komputer ni bermasalah sikit,,,sabar sahajalah~
Sebenarnya semalam Hanis dah save, hari ini patutnya nak buat karangan saje tapi tak pasal2 kene cari balik . X da dalam dokumen dekat komputer,history pon x da, cari baliklah jawabnya....nasib jumpa! susah nak cari yang lengkap macam ini,banyak Hanis jumpa x lengkap langsung!
Sapa yang tingkatan 4 boleh aje bace dibawah ini, sebagai rujukan, UB1 kan dah dekat!
SINOPSIS KESELURUHAN
Novel ini mengisahkan Intan Julia yang hidup bahagia dengan bapanya Jeffri (Papa) dan mamanya Intan Maliana serta pembantu rumah Makcik Noraini di Kelana Jaya. Intan Julia (16 tahun) bersekolah di SMK Seri Gading . Di sekolah ini juga ibunya Intan Maliana menjadi guru Matematik. Bapanya juga menjadi guru Sains Pertanian di sekolah yang sama. Kemudian bapanya menjadi pensyarah ekonomi di Kolej Ikhtisas. Intan Maliana mengandung lagi bagi memenuhi kehendak suaminya. Cikgu Suzie dan Makcik Noraini melarang Intan Maliana mengandung kerana 17 tahun lalu dia pernah pengsan / koma ketika melahirkan Intan Julia. Doktor terpaksa memerah susu kerana bayi itu (Intan Julia) enggan minum susu tepung. Intan Julia lahir tak cukup bulan, hanya 7 bulan sahaja. Makcik Noraini adalah sepupu Jefri. Dia kematian suami dan anak-anak 17 tahun lalu akibat kereta berlanggar dengan lori tangki semasa dalam perjalanan dari Johor ke Bidor sewaktu mereka hendak pulang berhari raya.
Intan Maliana melahirkan anak kembar Siam bernama Ahmad dan Muhamad di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras,Selangor. Anak kembar ini meninggal sewaktu dalam perut dan Intan Maliana koma selama 3 tahun . Jeffri membawa pulang isterinya untuk dirawat di rumah sahaja kerana dia ingin meluangkan lebih masa bersama isterinya dan mengikuti perkembangan isterinya dari semasa ke semasa. Selepas SPM , Intan Julia belajar di Kolej Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak , Selangor. Dia tinggal di asrama UIA. Dia sesekali pulang ke rumah dan menjaga ibunya yang koma . Julia dan Rasylan belajar di tempat yang sama dan selalu bersama ke perpustakaan, minum di Restoran Starbuck Coffee di Mid Valley dan restoran makanan segera. Julia terserempak dua kali dengan bapanya dan Aisyah minum bersama. Aisyah merupakah gadis cantik, anak hartawan dan tinggal di Kelana Jaya. Dia merupakan pelajar Jeffri. Mereka pernah bermain tenis bersama di Kelab sukan Kelana Jaya. Secara berseloroh Intan Julia menyuruh bapanya berkahwin dengan Aisyah.
Rasylan menasihati Intan Julia agar tidak membantah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Jeffri pernah menampar Intan Julia kerana isu itu. Rasylan adalah anak hubungan terlarang antara pensyarah UIA, Muaz al-Khalibi dengan pembantu rumahnya warga Indonesia. Pembantu rumah itu balik ke Bandung dan meletakkan bayi itu di tepi jalan bersebelahan longkang besar kerana malu anaknya tidak berbapa setelah Muaz al-Khalibi pulang ke Jordan. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyerahkan bayi itu kepada Datuk Mustakim untuk dijadikan anak angkat dan tinggal di Taman Seri Andalas , Kelang. Jeffri melarang Intan Julia rapat dengan Rasylan kerana tidak tahu asal-usul keturunannya. Rasylan menjadi anak angkat Datuk Mustakim . Dia tidak mendapat kasih sayang dan sering ditinggalkan di rumah sahaja. Jeffri melangsungkan perkahwinan dengan Aisyah setelah mendapat persetujuan Intan Julia.
Jeffri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana bimbang diracun. Setelah 3 tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama terkejut apabila melihat Aisyah di sebelah suaminya dan sedang sarat mengandung. Mama mati terkejut setelah mengetahui Jeffri telah menduakannya.
Jeffri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana bimbang diracun. Setelah 3 tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama terkejut apabila melihat Aisyah di sebelah suaminya dan sedang sarat mengandung. Mama mati terkejut setelah mengetahui Jeffri telah menduakannya.
TEMA
Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang dalam keluarga. Buktinya mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aisyah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papanya.
Persoalan
1. Persoalan pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing-masing. Buktinya Intan Maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun.
2. Persoalan kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya, Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar siam yang diberi nama Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.
3. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembar siamnya juga meninggal dunia. Persoalan keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intan Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi oleh rakan baiknya berdasarkan pengalamannya yang lalu.
4. Persoalan poligami. Jeffri berkahwin dengan Aisyah setelah kesunyian kerana isteri pertamanya Intan Marliana koma. Keputusan itu juga dibuat setelah mendapat persetujuan anaknya Intan Julia dan hidup bersendirian selama tiga tahun.
5. Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Julia gigih dan tekun belajar untuk menghadapi SPM. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan meneruskan pelajarannya di Kolej Matrikulasi UIA. . Walaupun Julia menghadapi tragedi dan masalah keluarga serta cinta, dia tetap gigih menimba ilmu.
6. Persoalan cinta zaman remaja. Julia berkenalan dengan Rasylan sejak di tingkatan lima. Hubungan mereka bertambah intim selepas mereka belajar di kolej matrikulasi yang sama. Rasylan dan Julia sering bertukar-tukar pendapat jika salah seorang daripada mereka mempunyai masalah. Namun begitu, sudah menjadi lumrah orang bercinta, masalah cemburu telah timbul sehingga merunsingkan hati Julia.
6. Persoalan cinta zaman remaja. Julia berkenalan dengan Rasylan sejak di tingkatan lima. Hubungan mereka bertambah intim selepas mereka belajar di kolej matrikulasi yang sama. Rasylan dan Julia sering bertukar-tukar pendapat jika salah seorang daripada mereka mempunyai masalah. Namun begitu, sudah menjadi lumrah orang bercinta, masalah cemburu telah timbul sehingga merunsingkan hati Julia.
7. Persoalan gejala sosial dalam masyarakat. Rasylan menjadi mangsa kepada gejala pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Dia merupakan anak luar nikah yang dibuang oleh ibu dan bapanya. Dia dijaga di rumah JKM sebelum menjadi anak angkat Datuk Mustakim. Rasylan mengalami konflik apabila Encik Muaz al-Khalibi tiba-tiba datang mengaku sebagai ayah kandungnya.
Plot
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Pada suatu petang, ketika Intan Julia berada di dapur dengan Mak cik Noraini, dia memerhatikan kemesraan yang ditunjukkan oleh mama dan papanya yang ketika itu berada di kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka. Dia berasa kagum akan kemesraan antara mama dengan papanya yang tetap kekal walaupun mereka telah lama berumahtangga. Walau bagaimanapun, apabila melihat keterbukaan mama dan papanya dalam menunjukkan kemesraan mereka, dia berasa kurang senang .
(ii) Perkembangan
Ibu Julia telah mengandung anak kedua. Hal ini membimbangkan orang-orang yang rapat dengan ibunya kerana ibunya pernah mengalami komplikasi sewaktu melahirkan anak pertama. Namun begitu, mamanya tetap berhasrat untuk meneruskan kandungannya bagi menunjukkan kasihnya kepada papa. Akhirnya, mama melahirkan anak kembar siam. Anak mereka diberi nama Ahmad dan Muhammad. Walau bagaimanapun, anak kembar ini meninggal dunia dan mama koma. Julia mula rapat dengan Rasylan, iaitu teman sekolahnya. Walau bagaimanapun, hubungan mereka tidak disenangi papa. Selepas SPM, Julia dan Rasylan berjaya mendapat tempat di matrikulasi UIA. Di samping itu, papa Julia pula mula rapat dengan pelajarnya yang bernama Aisyah. Aisyah cuba mendekati Julia dengan sering bertanyakan khabar dan mengajaknya bermain tenis. Akhirnya, papa menyatakan hasrat mahu memperisterikan Aisyah. Julia menentang hasrat papanya. Konflik berlaku hingga papa menamparnya. Tetapi selepas papanya berbincang dari hati ke hati dengan Julia, akhirnya Julia bersetuju.
(iii) Konflik
Intan Maliana pernah mengalami kesulitan ketika melahirkan Intan Julia namun begitu dia sanggup berkorban untuk mengandung semula dan melahirkan anak kedua setelah anak pertamanya berusia 16 tahun.
Julia dilarang daripada berkawan dengan Rasylan kerana papa Julia tidak mengetahui latar belakang keturunan Rasylan.
Julia khuatir kasih sayang papanya akan berkurangan jika papanya berkahwin dengan Aisyah.
Jeffri pula ingin berkahwin lagi tetapi sanggup membatalkan niatnya jika Julia membantah hasratnya.
(iv) Klimaks
Klimaks novel ini bermula pada suatu malam selepas Julia bersembahyang jemaah dengan papanya. Mama yang sudah lama koma akhirnya sedar dan mula membuka matanya serta mencuba untuk bercakap. Pada ketika itu, semua ahli keluarganya ada di sisi. Walau bagaimanapun, setelah melihat Aisyah, raut wajahnya berubah. Papa menjelaskan perkara yang sebenar, mama berasa kecewa dan menangis. Sejurus selepas itu, mama menghembuskan nafasnya yang terakhir.
(v) Peleraian
Kematian mama amat menyedihkan Julia dan buat pertama kalinya, papanya menangis.
Watak dan Perwatakan
Watak utama
Intan Julia
Berusia 16 tahun pada permulaan cerita dan 19 tahun pada akhir cerita.
Fizikalnya mempunyai ketinggian 160cm.
Anak sulung kepada Jeffri dan Intan Marliana.
Meneruskan pengajian di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Taat kepada ibu bapa. Buktinya dia sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati ibu bapanya dengan belajar bersungguh-sungguh.
Seorang yang penyayang, sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Makcik Noraini.
Sebagai umat Islam, Julia taat kepada perintah Allah. Dia rajin bersolat dan bertudung.
Suka berdikari, walaupun tempat pengajiannya berdekatan dengan rumahnya, namun dia memilih untuk tinggal di asrama.
Seorang yang sensitif. Ini dibuktikan apabila dia tidak membenarkan papanya berkahwin lagi. Dia benar-benar terasa bahawa papanya tidak menyayangi mamanya lagi.
Watak Sampingan
Jeffri (Papa)
Seorang pensyarah di universiti tempatan.
Seorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Setia terhadap isterinya. Dia tidak jemu-jemu menjaga isterinya yang koma selepas mengalami komplikasi ketika melahirkan anak kembarnya.
Sedia berkorban demi keluarga. Dia sanggup meminta izin daripada doktor untuk menjaga isterinya di rumah agar dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada isterinya.
Tabah menghadapi dugaan apabila isterinya koma dan anak kembarnya meninggal dunia.
Intan Marliana (Mama)
Isteri kepada Jeffri.
Seorang guru matematik di Sekolah Menengah Seri Gading.
Sangat mengasihi suaminya. Bertekad untuk meneruskan kandungannya dan pasrah kepada takdir Ilahi untuk membuktikan kasihnya kepada suami.
Koma setelah menghadapi komplikasi semasa melahirkan anak kembar siamnya.
Meninggal dunia setelah tiga tahun dalam keadaan koma.
Makcik Noraini
Sepupu kepada Jeffri.
Tinggal bersama Jeffri setelah kematian suami dan dua orang anaknya dalam suatu kemalangan jalan raya.
Dia menjaga Julia sejak bayi sehingga dewasa.
Banyak mengetahui perihal keluarga Jeffri dan sejarah percintaan mereka.
Sentiasa mengambil berat tentang Intan Julia dan sering member nasihat kepada Intan Marliana.
Rasylan
Anak angkat kepada Datuk Mustakim. Dia diambil oleh Datuk Mustakim daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Rasylan lahir hasil daripada hubungan terlarang bapanya seorang pensyarah kolej yang berasal dari Jordan iaitu Muaz al-Khalibi dan seorang pekerja Indonesia.
Tidak mahu mengakui bapa kandungnya yang dirasakan tidak bertanggungjawab.
Kawan rapat Intan Julia.
Latar
Latar masa
Semua peristiwa itu berlaku dalam tempoh beberapa tahun iaitu sejak Intan Julia berusia 16 tahun hingga dia berusia 19 tahun.
Latar Tempat
1. Di rumah Jeffri di Kelana Jaya – Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni.
2. Di Sekolah Menengah Seri Gading – Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi guru Matematik.
3. Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia – Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya dan dirawat semasa dia dalam keadaan koma.
4. Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylan meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah.
5. Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley – Tempat Julia dan Rasylan kunjungi untuk minum dan di sinilah jugalah mereka terserempak dengan papa Julia minum bersama-sama dengan Aishah sebanyak dua kali.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat bandar dan terdiri daripada golongan elit.
2. Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan.
3. Masyarakat yang terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi.
4. Masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.
5. Masyarakat yang bersikap prihtain dan mengambil berat akan masalah orang lain.
Latar
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
1. Pemerian
Contohnya: Petang itu cuaca sungguh nyaman. Angin bertiup beralun lembut dan amat menyegarkan. Dengan rambutku yang ikal dan panjang memcecah bahu dan diikat ekor kuda, dengan berseluar panjang dan berkemja T, aku yang tadinya berbaring sebentar di atas tilam empuk bilikku turun dari tingkat atas menuju ke ruang dapur di tingkat bawah.
2. Dialog
Contohnya, “Lia...,” sambil memegang tangan perempuan yang terbaring. ”Ini Aisyah, isteri abang, adik Lia juga!” Lalu dia mencapai tangan Mak Cik Aisyah dan menghulurkan kapadanya.
3. Imbas Kembali
Contohnya, Mak Cik Noraini akan kisah papa Julia bertugas sebagai guru.
4. Suspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya akan nasib yang akan menimpa Intan Maliana setelah doktor memaklumkan bahawa Intan Maliana perlu menjalani satu pembedahan kerana ada komplikasi terhadap kandungannya.
5. Monolog Dalaman
Contoh: Aku hanya memandang keluar tingkap kereta, ke jalan raya dan melihat kereta yang banyak lalu lalang. Aku meletakkan diriku di tempat mama sekarang, apa yang bakal dirasainya kalau dia tahu semua ini?
Gaya Bahasa
1. Simile
Contoh: Aku lihat Mak Cik Noraini, pembantu di rumahku sedang sibuk macam lipas kudung membancuh kopi dan menggoreng karipap yang dibelinya dari pasar raya pada petang minggu yang lalu.
2. Personifikasi
Contoh: Matahari sudah mula menunjukkan wajahnya yang garang.
3. Sinkof
Contoh: “Tak ada apa-apa, mama cuma mabuk darah…tu saja.”
4. Kata Ganda
Contoh: Dia menelan liurnya berkali-kali sebelum memberikan jawapan.
5. Peribahasa
Contoh: “Tentu you ingat lagi pada saat you melahirkan Julia enam belas tahun yang lalu! Apa you tak takut ke?” Dia menjeling padaku yang sedap menyandar tetapi memasang telinga.
Nilai
1. Nilai bertanggungjawabJeffri bertanggungjawab membawa Makcik Noraini tinggal bersamanya setelah suami dan dua anaknya meninggal dalam kemalangan jalan raya.
2. Nilai belas kasihanDatuk Mustakim sanggup mengambil Rasylan menjadi anak angkatnya selepas mengambilnya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
3. Nilai kasih sayangJeffri sangat mengasihi keluarganya. Dia sanggup membawa balik isterinya daripada hospital untuk membolehkannya meluangkan masa dan menjaga isterinya dengan rapi.
4. Nilai hormat menghormatiJulia tidak membenci Rasylan walaupun dia tahu bahawa Rasylan berasal dari perhubungan terlarang seorang pensyarah kolej yang berasal dari Jordan iaitu Muaz al-Khalibi dan seorang wanita Indonesia.
Pengajaran
1. Suami dan isteri perlu mengekalkan hubungan mesra walaupun telah lama mendirikan rumahtangga.
2. Janganlah membelakangkan aspek kesihatan dalam memenuhi keinginan mahu mendapatkan zuriat.
3. Jagalah diri agar tidak terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan hubungan terlarang. Kita hendaklah gigih berusaha bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran.
4. Kita hendaklah menjaga ikatan kekeluargaan agar sentiasa hidup dalam kesejahteraan.
5. Kita perlu menjaga batasan dalam menunjukkan kemesraan kepada keluarga tetapi jangan keterlaluan.
6. Kita hendaklah menjaga batas hubungan semasa bercinta.
7. Kita perlu bersedia memaafkan kesalahan orang lain bagi membina hubungan yang mesra.
Ok da... nak buat karangan pula!
p/s: esok sedara Hanis yang patah kaki tu nak kena bedah, masukkan besi dalam kaki dia. Harga besi tu RM 3800 .
Uish..seram doh! Jom sama2 doakan semuanya berjalan lancar esok .
Sekian, Terima kasih
HANIS MASTURINA
0 comments