Assalamualaikum,
Pertama, Hanis nak ucapkan tahniah kepada mereka yang sudah mempunyai lesen memandu kereta dan menunggang motor yang sah. Bagi mereka yang masih belum mempunyai lesen memandu dan menunggang atau sedang mengambil kelas lesen diharapkan entri ini dapat membantu korang sedikit sebanyak untuk LULUS dalam Ujian Undang-Undang Berkomputer-KPP Test atau lebih dikenali sebagai "Test Komputer".
Apa itu Ujian Undang-Undang Berkomputer?
Ujian Undang-Undang Berkomputer adalah ujian yang diwajibkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kepada orang awam sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan lesen memandu dan menunggang.
Bagi yang mengambil lesen untuk kereta atau motosikal sahaja, terdapat 50 soalan dan markah untuk lulus adalah 42/50. Manakala bagi yang mengambil kedua-dua jenis lesen ini sekali, terdapat 70 soalan dan markah untuk lulus adalah 59/70.
Sebelum memulakan Ujian Undang-Undang Berkomputer yang sebenar, korang perlu menduduki Ujian Buta Warna. Ujian Buta Warna ini akan menentukan sama ada korang LAYAK/TIDAK LAYAK untuk membuat lesen memandu.
Bagi yang BETUL kesemua soalan Ujian Buta Warna ini bermakna anda LAYAK untuk menduduki Ujian Berkomputer namun bagi yang statusnya TIDAK LAYAK jangan risau, jika korang betul-betul mahu mendapatkan lesen memandu korang perlu pergi ke Hospital untuk mendapatkan pelepasan dan kebenaran untuk mengambil lesen memandu.
Sebelum layak untuk menduduki Ujian Berkomputer ini, orang awam perlu menghadiri Kursus KPP01 untuk setiap jenis kelas lesen.
Contohnya, Hanis mengambil lesen untuk B2 bagi motosikal dan D bagi kereta. Jadi Hanis perlu menghadiri 2 kelas KPP01 yang masing-masing memakan masa 6 jam untuk satu kelas.
Selepas selesai menghadiri kursus tersebut, korang perlu menunggu panggilan untuk menduduki Ujian Undang-Undang Berkomputer. Sementara itu korang bolehlah baca buku Kurikulum Pendidikan Pemandu yang sekarang ini diwajibkan oleh setiap individu untuk memiliki buku sendiri kerana di belakang buku itu terdapat nombor siri masing-masing yang akan digunakan ketika menduduki Test Komputer nanti. Takde dah kongsi-kongsi buku ni...
Apa? Buku tebal sangat? Tengok pun tak lalu nak baca... Sapa macam ni angkat tangan! Haa ni lah nak bagitahu. Kalaulah korang ni memang jenis SUSAH sangat nak baca buku sebab tak sanggup, Hanis ada 2 inisetif untuk korang. Zaman sudah modenlah, tidak semestinya tak baca buku tak boleh LULUS Test Komputer tu. Buku tu cukuplah kita dah hadap 6 jam masa KPP01, guna cara lainlah untuk buat ulangkaji takdelah bosan sangat kan? hehehe
Inisetif pertama. Korang bolehlah buka website ini (KLIK) untuk membuat latihan secara online. Ada latihan buta warna, Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan simulasi Ujian.
Inisetif kedua. Buka telefon pintar korang yang canggih itu, buka PlayStore dan cari "Ujian KPP- Lesen L" kemudian install. Hanis guna cara inilah untuk buat latihan sebelum menduduki Ujian Komputer tempoh hari. Jimat masa,jimat tenaga tak payah buka google pun cuma makan space sikitlah. Ala apa susah, dah lulus uninstall lah balik huhuhu. Jangan kedekut kalau nak lulus gaiss hahaha.
Emm, tu sahaja kot perkongsian Hanis harini. Takkanlah korang nak Hanis bagi soalan bocor pulakkan... Lagipun soalan bocor tu memang takde kot, sebab diorang dah sediakan banyak set tau untuk kita. Takde can nak meniru pun kalau korang jenguk orang sebelah sebab soalan lain-lain. Tak susah sebenarnya nak LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer ni kalau korang baca buku. Paling malas pun boleh LULUS kalau buat latihan guna 2 cara yang Hanis bagi seperti diatas.
Goodluck semua !