Assalamualaikum,

Siapa disini yang teringin mahu menunaikan Umrah tapi masih belum berkesempatan lagi? Angkat tangan . Sebab apa ye? Tak cukup bajet? Busy dengan kerja? Tak bersedia lagi ke tanah suci Allah? Aip aip jangan macam tu, dikesempatan kita masih hidup ni rugi kalau kita tidak pergi menunaikan umrah tau! Semua orang berebut-rebut mahu ke rumah Allah disana tak terkecuali anda bukan? Bohonglah kalau ada yang tak teringin menjejakkan kaki ke sana. Setiap orang yang beragama islam mesti mempunyai keinginan untuk menunaikan ibadah di Tanah suci Makkah kan.

Hari ini, Hanis nak cerita sikit mengenai pakej Umrah yang ditawarkan oleh Zuhud Holiday Sdn. Bhd. Berminat atau tidak berminat itu hal korang. Hanis cuma bagi peluang kepada mereka yang teringin untuk ke sana tetapi tidak tahu untuk pergi dengan agensi mana.


Zuhud Holiday Sdn. Bhd menawarkan pakej umrah bulan November/Disember 2017 dengan harga dari RM 7290 bagi pakej Standard, manakala harga dari RM 6590 bagi pakej Ekonomi. Pakej Premium Anum pula harga dari Rm 8490 manakala Premium Safwah harga dari RM 9490. Itu adalah harga bagi bilik Quad iaitu 1 bilik 4 orang jemaah. Makin ramai satu bilik,makin murah harga pakej ni tau!
Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi :-
Ustaz Hj Yusof : 019-3244717
Facebook: https://www.facebook.com/senangumrah/
Website: http://www.azzuhdi.com/
Sekian, Terima Kasih.
Assalamualaikum,
Bersambung dari SINI. Harini (hari ke-6) merupakan hari terakhir kami di Madinah.Perkara pertama yang perlu kami buat sebelum meninggalkan bumi Madinah ialah Ziarah Wada' . Ziarah Wada' bermaksud selamat tinggal Ya Rasulullah. Kami perlu mengadap ke kubah hijau untuk berdoa buat kali terakhir di bumi Madinah ini.
Selesai ziarah Wada', kami pulang ke bilik masing-masing untuk mandi sunat ihram dan menyiapkan diri dalam keadaan berihram. Yang lelaki pakai kain ihram yang berwarna putih itu manakala yang perempuan pakai pakaian yang menutup aurat dan niatkan pakaian tersebut sebagai pakaian ihram kita.
Kami menaiki bas menuju ke Makkah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Madinah ke Makkah. Kami singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat. Bir Ali adalah tempat miqat bagi penduduk madinah atau jemaah yang datang dari arah Madinah yang mahu mengerjakan Haji atau Umrah. Jarak daripada Masjid Nabawi ke Masjid Bir Ali adalah lebih kurang 10KM, manakala jarak daripada Bir Ali ke Makkah adalah lebih kurang 425KM. Ianyanya merupakan jarak miqat yang paling jauh tau dan para jemaah perlu menjaga pantang larang sepanjang berada dalam ihram.

Masjid Bir Ali
Pada jam 11 malam akhirnya kami tiba di Makkah. Kami diberi masa 1 jam untuk masuk ke bilik hotel dan mengemas apa yang patut. Jadi pukul 12 malam baru kami bergerak ke Masjidil Haram untuk melakukan Umrah wajib. Untuk umrah wajib ni tak sempat nak tangkap gambar sebab masing-masing sibuk mahu menyelesaikan umrah yang wajib ini. Kami semua menunaikan umrah wajib di malam hari jadi tiada masalah kepanasan yang melampau kerana tidak berada dibawah terik panas matahari. Cuaca sejuk je kita itu so nice orang kata, Allhamdulillah.
Hanis dan Umi Hanis yang mendokong Mina memulakan tawaf mengelilingi kaabah bersama-sama. Namun,kami terpisah ketika melakukan tawaf. Antara perkara yang membatalkan pusingan tawaf kita adalah memusingkan badan ke belakang untuk mencari orang ataupun melakukan pusingan dengan niat untuk mencari orang yang terpisah dengan kita. Jadi umi Hanis dah pesan awal-awal kalau berpisah tak payah cari umi...terus je tawaf nanti kita jumpa je dekat saie. Apa itu tawaf? Tawaf merupakan perlakuan mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh orang muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram. Tawaf perlu dilakukan dalam keadaan berwuduk.
Setelah selesai tawaf mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali, Hanis melakukan solat sunat tawaf. Setelah selesai solat sunat tersebut, Hanis terus menuju ke Saie. Saie merupakan perbuatan yang dilakukan dengan berlari-lari anak atau berjalan cepat sebanyak 7 kali ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa' dan berakhir di Bukit Marwah. Ibadah saie ini tidak memerlukan kita berada dalam keadaan berwuduk. Dan kita boleh berjalan bersama kawan-kawan tanpa membatalkan pusingan saie kita. Semasa saie ke 5 Hanis berjumpa dengan umi Hanis yang membawa Mina. Umi Hanis ketika itu baru pusingan yang ke-3 jadi Hanis ambil Mina dan berehat di tepi kawasan saie. Kemudian kami sama-sama beriringan menyelesaikan saie kami.
Setelah selesai melengkapkan 7 kali ulang alik ketika saie, akhirnya tibalah waktu untuk bercukur. Bagi lelaki lebih afdal dengan membotakkan kepala mereka tetapi tetap masih sah jika tidak membotakkan keseluruhan rambut. Bagi wanita cukup 3 helai hujung rambut sahaja sebagai syarat.
Allhamdulillah, selesai sudah tawaf,saie dan bercukur. Ini bermakna sudah selesailah Umrah Wajib kami dan berakhirlah pantang larang yang perlu kami jaga dari mulai berniat ihram di Masjid Bir Ali tadi. Syukur Allhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Kami selesai semunya lebih kurang jam 3 ke 4 pagi jadi kami menunggu sebentar sehingga masuk waktu solat subuh untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.
Selepas solat subuh,kami pulang ke hotel dan kemudian pengsan kepenatan di dalam bilik...penat sangat sebab perjalanan+umrah dalam satu hari. Hanis rasa Hanislah paling lama tidur hehehe pukul 9 pagi baru bangun huhuhu memang tidur mati orang kata. Penat tapi puas hati sebab berjaya buat umrah ! Yeahh!!!
bersambung...(PART 6)
Assalamualaikum,

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua tenaga pengajar diluar sana yang sudah banyak berkongsi ilmu dan memberikan tunjuk ajar kepada anak-anak didik.
Selamat hari Ibu juga kepada guru-guru yang mempunyai anak macam umi Hanis hehehe. Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru Umi Haslina bt Husin =)
Takde siapa ke nak ucap Selamat Hari Guru dekat Teacher Hanis ni? hahaha Hanis oii tak payah nak melebih Hanis tu jadi Teacher budak taska dengan tadika je itu pun 3 tahun lepas memang dorang takkan ingat punya sobsob. Hanis rindu anak Hanis budak taska 10 orang...
Assalamualaikum,
Bersambung dari post sebelum ini (KLIK SINI) , hari ke-4 dan ke-5 merupakan hari jemaah bebas untuk melakukan ibadah di Masjid Nabawi. Sebelum ini pernah sahaja kitaorang pergi solat berjemaah di Masjid Nabawi ini. Cuma hari ini dapat pergi banyak waktu solat sebab tiada apa-apa aktiviti lain.
Disebabkan hotel kami yang agak jauh dari Masjid Nabawi...Hanis, Umi dengan Abah bergilir-lilir angkat mina. Tapi kalau dapat dekat Hanis memang kebanyakannya Hanis akan paksa mina jalan sendiri...hehehe walaupun caranya adalah Hanis kena buat-buat macam kena kejar hahaha. Dan kadang-kadang Hanis yang kena kejar budak kecik ni... haih la mina penghibur hati. Tidak kisah pun jadi macam budak-budak dekat sana sebab Hanis tahu kalau Hanis tidak jadi macam budak-budak main dengan Mina,dia akan kebosanan. Almaklumlah adik beradik yang lain semua dekat Malaysia... Hanis ni yang sulung,Mina yang bongsu. Kenalah layan si bongsu yang istimewa ini =)
Budak taknak jalan sebab nak akak angkat dia dekat belakang
Pada waktu solat Zohor dan Asar agak panas sikit sepanjang laluan so memang kami akan jalan laju-laju. Dan kebiasaannya orang ramai sangat pada setiap waktu solat so memang kena gerak awal kalau nak dapat masuk dalam masjid. Lambat sikit solat diluarlah anda-anda semua yee.
Dekat tanah suci ni semua orang berebut nak solat dalam Masjid Nabawi walau dengan apa cara pun mereka tetap nak juga. Kadang ada jemaah yang datang lambat tetap nak masuk solat dalam masjid sehingga diorang sanggup duduk menyelit diantara saf kita yang sedia sempit tau ! Kadang ada yang duduk terus depan kita sampai kita ni sujud dekat kaki dia. Ada juga 2 orang yang berebut saf mahu masuk sebelah kita yang sempit tapi apabila seorang dapat masuk,yang lagi seorang marah-marah sebab tak dapat masuk saf.
Diorang ini sanggup buat apa sahaja asalkan dapat solat dalam Masjid Nabawi ini tanpa memikirkan perasaan dan ketidakselesaan jemaah lain. Jadi kita semua diharap banyak-banyak bersabar dengan kerenah jemaah dari negara lain. Budaya diorang dengan budaya kita berbeza. Mungkin kita orang Malaysia sudah terbiasa dengan sikap sopan santun dan lemah lembut serta menjaga hati. Mungkin cara mereka lain? Berbaik sangka sahaja dekat sana yee...Banyakkan bersabar.
Hanis dengan umi pun banyak kali kena macam tu. Sabar sahajalah yang mampu. Kadang tu sempit sangat bila orang masuk sampai nak duduk antara 2 sujud pun tak muat tau huhu tahiyat akhir lagilah jauh sekali. Tempat sujud pun kadang tak ada hahaha. Mina tak payah cakaplah terkepit terus bangun terus dia sebab takde ruang. Takpelah faham semua mengejar pahala solat dalam masjid Nabawi tuu... So lama-lama kami pun dah lali dengan situasi tersebut.
Di hadapan pintu ruangan solat wanita
Adik Hanis si Azmina ni pulak sangatlah murah rezeki tau! Asal datang masjid je macam-macam mina dapat. Ada orang kasi mina makananlah, minyak wangilah,kayu sugilah haih murah sungguh rezeki awak budak kecikk... Bila mina dapat makanan alang-alang tu akak dia ni lah yang mencukainya... Saya lapar okey sebab waktu makan selepas zohor selepas itu waktu makan seterusnya selepas habis solat Isyak tauu... memang meratah biskut yang mina dapatlah jawabnya hahaha. Biasanya kitaorang duduk masjid je dari waktu Asar hingga Isyak sebab kalau balik hotel pun bukan ada makanan hihihi. Dalam masjid boleh juga baca Al-Quran, rehat-rehat, kacau minaa (eh? hahaha)
Terduduk kepenatan separuh jalan di perkarangan Masjid Nabawi
Walaupun perjalanan jauh, jemaah lain yang menguji kesabaran tapi banyak manisnya tau dapat berada di sana. Rasa tenang tu MasyaAllah. Kalau marah pun sekejap je hilang terus okey balik hehehe. Umi selalu tegur kenapa kakak marah mina padahal Hanis marah manja je kot huhuhu Hanis suka mengusik dia geram sangat hahaha. Rasanya tak pernahlah rasa marah yang berpanjangan sepanjang berada di Madinah. Rasa asik nak senyum adalah hehe rasa bahagia tahuuu... Tapi perangai nakal nak mengusik mina tu masih ada hehehe tengoklah gambar tu mina tarik muncung sebab kena paksa duduk atas riba kakak sebab umi nak tangkap gambar hahaha ala sian adik kakak. Muncung-muncung pun mina still manja dengan Hanis tau! Tidur pun nak juga sekatil dengan Hanis padahal dia pun ada katil sendiri lahai comelnya perangai anak syurga ni sayang sangat!
Alolo budak kecik majok
Malam hari ke-5 kami ada taklimat untuk pergerakan ke Makkah esok selepas Zohor. Jemaah lelaki dikehendaki mencuba memakai kain ihram masing-masing. Pantang larang semasa dalam ihram diterangkan lagi sekali sebagai peringatan terakhir kepada semua para jemaah Umrah.
bersambung...(PART 5)
ABOUT ME

Tinggalkan pesanan disini =)
Copyright 2019 Hanis Masturina. Dikuasakan oleh Blogger.
Follower
Cari Blog Ini
Previous Post
-
►
2022
(2)
- ► Julai 2022 (1)
- ► April 2022 (1)
-
►
2021
(1)
- ► Februari 2021 (1)
-
►
2017
(44)
- ► November 2017 (1)
- ► Oktober 2017 (5)
- ► September 2017 (4)
- ► Julai 2017 (1)
- ► April 2017 (6)
- ► Februari 2017 (5)
- ► Januari 2017 (9)
-
►
2016
(86)
- ► Disember 2016 (21)
- ► November 2016 (11)
- ► Oktober 2016 (10)
- ► September 2016 (5)
- ► Julai 2016 (2)
- ► April 2016 (7)
- ► Februari 2016 (1)
- ► Januari 2016 (6)
-
►
2015
(12)
- ► Disember 2015 (2)
- ► November 2015 (1)
- ► Oktober 2015 (2)
- ► September 2015 (1)
- ► Julai 2015 (1)
- ► April 2015 (1)
- ► Februari 2015 (1)
-
►
2014
(11)
- ► Disember 2014 (3)
- ► November 2014 (1)
- ► April 2014 (1)
- ► Februari 2014 (1)
- ► Januari 2014 (1)
-
►
2013
(17)
- ► Disember 2013 (2)
- ► November 2013 (2)
- ► Oktober 2013 (2)
- ► September 2013 (5)
- ► Julai 2013 (5)
- ► Februari 2013 (1)









