Hanis Masturina
  • Home
  • Kenali IPB
  • Collaboration
  • My Review
    • Novel Melayu
    • Kdrama
    • Anime
  • Contact Me
Assalamualaikum,

Dengan tamatnya Final Exam terakhir subjek Bahasa Arab 1, maka berakhirlah Sem 1 Hanis di Institut Profesional Baitulmal =) Hoorayyy!!! Happy gilos u alls hahaha. Pejam celik,pejam celik habis dah sem 1 ... Rasa macam baru je Hanis sambung belajar dekat IPB course Diploma Pengajian Muamalat . Now dah cuti sem,cuti sem sebulan nanti naik balik dah sem 2~ Sem 2 semestinya lebih mencabar kann. Hanis tengok sem 2 ada subjek matematik lah, arab 2 lah, akaun-akaun bagai ni yang lemah niii! Hanis bab subjek baca-baca boleh lah score jugak,tapi bila masuk subjek yang memerlukan pengiraan ni sumpah Hanis fail ! Risau jugak lah nak menempuh sem 2 ni hmm.


Hasil carian imej untuk sem break


Apapun,wish me luck ok =)  . Hanis akan cuba mana yang mampu. And Hanis nak ucapkan goodluck kepada semua pelajar yang bakal masuk IPB intake 2 bulan 9 ni. Ramai jugak eh yang wassap Hanis dekat 30 orang jugak . Sorry lah kadang-kadang tak terlayan semuanya. Ter reply lambat lahh. Harap fahamlah ye,Hanis ada kelas jugak dekat IPB bukannya duduk mereput je dalam bilik hihi. Dan kadang-kadang tu ada 4 orang serentak tanya pasal IPB sampai tak menang tangan Hanis dibuatnya -_-' . Ter typo tu usah dicakaplah ,banyak kali kann? Hanis mohon ampun ~ Lagi satu, Hanis bukanlah CEO IPB so tak semua benda Hanis tahuu... Hanis jawab mana yang Hanis tahu je tau ! hehehe. Btw, ada yang cakap nanti jumpa dekat IPB nak tegur Hanis lah bagai, Hanis ok je =) , cuma kalau Hanis tak cam korang jangan merajuk pulak yee~



Sekian,salah silap harap diampun and GOODLUCK SEMUA !!!



Assalamualaikum,

Akhirnya ada masa pun nak update blog. Dah berhabuk blog ini terbiar tidak berupdate. Maaflah busy sangat study di Institut Profesional Baitulmal hehehe. Minggu lepas adalah buka blog tapi tak sempat post apa-apa just sempat tengok komen dekat entri lepas je. Tak perasan pula ada yang nak tanya pasal IPB tempat Hanis belajar , i am so sorry guys tak perasan sorry lambat reply :'( 

Hasil carian imej untuk sorry
Lepasni kalau tanya pasal IPB dekat komen but Hanis tak reply bolehlah tinggalkan nombor phone korang nanti Hanis wassap eh . Or kalau nak nombor boleh DM Hanis dekat instagram or twitter sebab Hanis dah deactivekan FB . Sekali lagi Hanis minta maaf .





Assalamualaikum,

Hai,ada pun masa update blog. Tapi lepas ni busy balik lah sebab minggu depan maybe takbalik rumah,minggu ni je ngade nak balik sebab kononnya banyak barang nak beli lagi hahaha alasan semata sebenarnya malas nak basuh dan gosok baju dekat asrama hehehe



Allhamdullilah,Hanis dapat roommate yang baik ketiga-tiganya. Yang sorang berumur atas satu tahun iaitu 19 tahun manakala lagi dua orang sebaya. Dan kitaorang berempat semua course sama so senang lah berkepit kesana kesini .eh? hahaha . But bilik asrama kitaorang berada di tingkat 9 sumpah gayat kalau tengok bawah tapi tingkap kitaorang mengadap belakang bukannya aspura so aurat tu agak terjaga =) dann belakang tu cuma dapat lihat kawasan yang dalam pembinaan nak buat ikea ...




*baju hari khamis dan jumaat temuduga biasiswa baitulmal


Diploma Pengajian Muamalat bersama lagi dua course iaitu Diploma Pengurusan Haji dan Umrah dan Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf menjalani sesi orentasi selama lebih kurang 5 hari bersama para FC yang juga senior di institut profesional baitulmal. Jujur bagi Hanis orentasi ni sebenarnya amat bagus sebab ia beri pendedahan awal kepada kehidupan baru di universiti. Almaklumlah budak lepasan SPM kebanyakkannya masih samar-samar pasal universiti ni. Tapi agak penat sikit sebab banyak sangat program yang dimuatkan seperti ceramah motivasi, pasal pejabat pentadbiran,hal ehwal pelajar, kaunseling,asrama,kuliah subuh semua ada lah banyak lagi. Jam 5 30 pagi kitaorang kena berkumpul di dataran untuk solat subuh berjemaah so Hanis bangun lebih kurang pukul 4 30 pagi macam tu nak mandi-mandi dulu. Lepas solat subuh ada sedikit kuliah dan jika ngantuk akan ada sesi senaman ringan menarilah macam-macam hahaha seronok lah. Rugi sapa masuk universiti tapi tak ada sesi orentasi. Lagi satu,makanan minuman disediakan tau sepanjang minggu orentasi di institut profesional baitulmal ini ok ! Jimat duit woo. Mak Hanis bagi duit belanja RM50 baru guna RM5 je tu pun untuk topup hehehe. Lepas sarapan ada masa rehat sekejap boleh makan dekat bilik baring baring then ada lagi program...Bila waktu maghrib pula kami berjalan kaki pergi ke Masjid imam as-syafie untuk solat maghrib dan isyak berjemaah. See,bertapa bagusnya mengimarahkan masjid ^_^ Lepas habis solat isyak masuk dewan ada program lagi sampai pukul 11 lebih boleh balik bilik tidur ...tapi biasanya lift penuh kena beraturlah sampai nak dekat pukul 12 then sampai bilik tak tidur terus nak mandilah basuh baju semua sampai pukul 2 baru tidur . Sadlife betul jadi panda. Tapi tak pe don't worry masa orentasi je macamni kelas biasa tak dah nanti rindu pula nak beratur naik lif =P


Sekarang ni Hanis dekat rumah,pukul 2 nanti Hanis balik asrama dahh. Isnin dah start kelas excited tapi takut hahaha . Dahlah first kelas arab aduhai pukul 10 pagi tak adalah awal sangat. Hari Khamis dgn jumaat kelas start pukul 8 pagi hmm...Pelajar muamalat dibahagikan kepada 2 kelas je sebab kitaorang tak ramai ada lebih kurang 40 orang je so sedih huhuu. Pelajar haji umrah paling ramai beratus-ratus. Zakat dan wakat pun boleh tahan lah so banyaklah kelas yang wujud.


Kitaorang Intake April 2015. Bulan 9 ni ada intake baru sesiapa yang tak dapat upu nak apply sini pun boleh =) but korang akan jadi junior kitaorang lah. Kitaorang dah jadi senior bagi course ni sebab ketiga-tiga course ni baru wujud di IPB tau! Diploma Umrah Haji dan Zakat lagilah pertama didunia! Muamalat dah wujud dah dekat u lain hehehe. Nak apply juga? Klik ---> IPB


PROGRAM HOMEGROWN DI IPB


Assalamualaikum,

hee...nak masuk bulan 4 baru nak update blog. Memang berkulat lah macam ni huhuhu . Pada entri lepas Hanis cakap yang Hanis amik course Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DPHU) kan? but Hanis ubah fikiran! hahaha and idk why. Hanis tak tau apa sebab utamanya Hanis tukar course maybe sebab dah ketentuan Allah kot. Hanis tak ada jodoh nak amik course tuu. Tapi Hanis ditakdirkan untuk amik course Diploma Pengajian Muamalat (DPM) . Ikutkan lagi susah dari DPHU tapi nak buat macam mane? Dah dpat dah punn.hahaha . Memang itu ketentuannya ye dak?





Berdebar ni. Takut tak dapat sesuaikan diri.Biasalah Hanis ni budak sekolah biasa yang tak pernah duduk asrama ... Then tetiba kena duduk asrama jauh dari family balik pun 2 minggu sekali je harap tak nangis lahh. emm tak kot. Diulangi KOT hehehe. 

Dan Ahad ni 5 April 2015 kena daftar dahh...4 hari je lagi kan? 4 ke 5? err tak penting pun. Yang penting sekarang barang banyak lagi belum beli. Duit tarak,hilang mana pun tak tau. Duit gaji haritu pun tinggal RM1000 je itupun untuk bayar pendaftaran ,asrama,yuran itu yuran ini haish duit duit duit. Mana nak cekau ni? Hmm...


p/s: Afkar masuk mcs collage haritu sehari je pastu dia balik kampung kih kih kih apadahh. 8 April nanti baru dia masuk balik...rupanya ada seminggu percubaan,tapi dia sehari je percubaan.

Assalamualaikum =)

Sekejap betul masa berlalu,pejam celik dah habis SPM pun.Pejam celik dah dapat result 4A je huhu . Pejam celik dah nak sambung belajar dah punn.Hmm cepatnya. Tak sangka saya dah besar!hohoho. Seriusly memang tak sangka. Semalam rabu ,Afkar dah pegi mcs collage . Sempat lah juga Hanis lepak dekat coolblog tempat dia kerja 1 jam hari selasa hehehe. Selasa tu lah last day dia kerja situ.
*Hanis dengan kawan baik,Afkar.


Afkar amik course Diploma in Administrative Management . Hanis tak nak pening kepala study susah-susah so Hanis amik Diploma Pengurusan Haji dan Umrah dekat Institut Profesional Baitulmal. Itu pun kalau dapatlah. Semak status permohonan dia kata layak tapi then dapat mesej tempat terhad so dia terpaksa pilih orang dan yang dapat surat tawaran sebelum 21 Mac 2015 ni maknanya dapatlah boleh daftar 4 April 2015. Tapi kalau tak dapat apply untuk kemasukan september nanti. So,just wait and see. Semuanya bergantung pada ketentuan Allah =). Kalau tak dapat maybe Hanis tunggu UPU je kot.hahaha . Hanis ada dapat tawaran dekat Melaka biasiswa penuh lagi tapi tak minat lah course yang ditawarkan =(


Lagi sorang best friend Hanis, Siti tak tau nak masuk KTAC ke tunggu Politeknik sebab kakak-kakak dia semua masuk u dan poli je. Jadi macam susah nak masuk swasta punya. KTAC ni haritu kitaorang apply sama-sama and dapat pulak course sama pulak tuu hahaha. Macam nak je...huhuhu


Mana-mana nak sambung belajar pun Hanis tak kesah. Sebab semuanya dah ditentukan Allah. Tapi bila nak masuk U ni rasa lain sangat. Baru kita sedar yang perjalanan masih jauh. Diploma 3 tahun hmm lepastu kita akan jumpa orang baru,kawan baru dan suasana yang sudah semestinya tidak sama macam zaman persekolahan dahulu. Rasa takut pulak nak sambung belajar huhuhu...Hanis harap semuanya berjalan lancar .


UPU, IPB or KTAC? hahaha idk .


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

ABOUT ME

Hanis Masturina

Hanis Masturina | 24 y/o | Part-Time Blogger | Selangor

Advertisement

Tinggalkan pesanan disini =)

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright 2019 Hanis Masturina. Dikuasakan oleh Blogger.

Follower

Cari Blog Ini

Previous Post

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  Ogos 2023 (1)
      • SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah
  • ►  2022 (2)
    • ►  Julai 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  Februari 2021 (1)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Jun 2020 (1)
    • ►  Mei 2020 (2)
  • ►  2019 (2)
    • ►  Ogos 2019 (2)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  Mei 2018 (1)
  • ►  2017 (44)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  Oktober 2017 (5)
    • ►  September 2017 (4)
    • ►  Ogos 2017 (1)
    • ►  Julai 2017 (1)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  Mei 2017 (7)
    • ►  April 2017 (6)
    • ►  Mac 2017 (4)
    • ►  Februari 2017 (5)
    • ►  Januari 2017 (9)
  • ►  2016 (86)
    • ►  Disember 2016 (21)
    • ►  November 2016 (11)
    • ►  Oktober 2016 (10)
    • ►  September 2016 (5)
    • ►  Ogos 2016 (5)
    • ►  Julai 2016 (2)
    • ►  Jun 2016 (7)
    • ►  Mei 2016 (9)
    • ►  April 2016 (7)
    • ►  Mac 2016 (2)
    • ►  Februari 2016 (1)
    • ►  Januari 2016 (6)
  • ►  2015 (12)
    • ►  Disember 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  Oktober 2015 (2)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  Ogos 2015 (1)
    • ►  Julai 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  Mac 2015 (2)
    • ►  Februari 2015 (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  Disember 2014 (3)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  Jun 2014 (1)
    • ►  Mei 2014 (2)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  Mac 2014 (1)
    • ►  Februari 2014 (1)
    • ►  Januari 2014 (1)
  • ►  2013 (17)
    • ►  Disember 2013 (2)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  Oktober 2013 (2)
    • ►  September 2013 (5)
    • ►  Julai 2013 (5)
    • ►  Februari 2013 (1)

Blogger's Family

  • Kasihku Amani Imani
    Tentang Kehilangan, Persahabatan dan Kehadiran
  • sayidahnapisahdotcom
    Cara Semak Nombor Telefon Scammer & Akaun Bank Penipu 2026 – Semak Mule PDRM
  • FARAH
    Throwback me time - Lunch dekat Cakesbyfash & Dinner dekat Renaissance Hotel Johor Bahru
  • || Beeha Azman ||
    Dari Kopi Sedap ke Creme Brulee Bingsu
  • Lea Azleeya
    Huawei Matepad Air Returns As An Ultra-Thin Pc-Like Ai Tablet Built For Everyday Productivity
  • ombakbergigi
    Pengalaman Umrah Kali Pertama Bersama Andalusia
  • BUSYRA TAKIYUDIN
    De La'Te Coffee Alor Setar | Cafe ini sesuai untuk lepak santai
  • aienie.nka
    Tulisan pertama pada 2025
  • Lifetime Thesis
    Pencuci Muka Terbaik - Mengandungi Aloe Vera & Tea Tree Oil Mencuci Bersih Hingga Ke Liang Pori
  • RRAI
    Cover Song Pilihan Sept: RECKLESS
  • Syaza Raihanah
    Back to School : My New Semester Routine
  • KimChaa
    Kopi cheese
  • Maisarah
    2 Point O Full Movie 2020.
  • LE.JH
    Berwajah Baru & Bakal Tukar URL Link
  • Pengedar Shaklee Seremban
    Resepi Ayam Paprik
  • // Just Like Me ♔
    Full Tempahan Template by Wan Nur Amirah
  • Reenri
    Pelik Ke?
  • Faezah Mdnor Official Blog
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua
Blogs Directory

Featured Post

Yuran asrama KUPTM KL

Popular Posts

  • KPP Test- Tips LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer
  • Orentasi di Institut Profesional Baitulmal
  • Belajar di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL)
  • DIY hadiah istimewa anda hanya di Printcious.com

Label

Bookcafe 2 Buku Prima 3 BukuFixi 4 Diploma Pengajian Muamalat 7 Diploma Pengurusan Haji dan umrah 7 Diploma pengurusan zakat dan wakaf 7 IPB 6 Institut Profesional Baitulmal 7 KELABU 1 Kedai buku Online 5 Lengloi 1 MAIWP 6 NovelFixi 2 ONEXOX 3 Puja 1 Qarin 1 baitulmal 6 celcom 2 ezbuy 1 fixi 5 hanismasturina 6 homegrown 2 internet mudah alih 2 khasiat daun inai 1 kolej 4 mereka 1 novel 9 patung 1 penawar resdung 1 prabayar 2 review 8 reviewnovel 8 taobao 1
Copyright © 2021 Hanis Masturina

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template