Hanis Masturina
  • Home
  • Kenali IPB
  • Collaboration
  • My Review
    • Novel Melayu
    • Kdrama
    • Anime
  • Contact Me
Assalamualaikum semua =)

Lama tak update blog,dah bersawang dah agaknya . Tapi nak buat macam mana? Rindu giler! Tapi nak online sangat masa sekarang pun serba salah je. Yelah,lagi berapa bulan je kot nak SPM ! Masalahnya kalau tak online pon bukannya belajar sangat . Haish, penyakit malas ini masih melekat kukuh dalam diri ini . 

Angkara sikap malas inilah,keputusan exam pertengahan tahun aku jatuh merundum! 
Down giler giler giler! 

OMG,apa nak jadi dengan kau Hanis Masturina? Kau nak dapat keputusan teruk ke SPM nanti???!!! Adik-adik yang lain semua meningkat . Yang sorang dapat 7A2B , yang sorang dapat 4A1B yang lagi sorang pulak 5A dan dapat nombor 1 keseluruhan ! 


Aku? Hanya mampu sengih . Yeah! Comel sangat ke sengihan kau tu nak lawan A diorang? 

Sentap.





Aku akan cuba yang terbaik untuk SPM nanti !

GOOD LUCK FOR ALL SPM CANDIDATES =)



Siapa orang yang banyak berkorban,bergadai nyawa untuk kita ?

Siapa yang selama ini sabar dengan kerenah kita yang mengada-ngada?

Siapa yang selalu menyayangi diri kita?


Siapakah insan itu?

sudah tentulah ianya seorang IBU


Ibu yang sangat sayang pada anaknya

Ibu tak akan membiarkan anaknya kelaparan

Ibu tak sanggup meninggalkan anaknya yang menangis

Ibu yang mahukan yang terbaik untuk anaknya 


"so?"

Ini yang manusia tidak berperasaan akan kata.
Manusia yang langsung tak menghargai ibunya.
Bahkan mungkin menderhaka!

Sudah lupakah manusia itu siapa yang melahirkan dia?
Kalau ibumu itu tiada, kamu tak akan wujud tahu tak?!
TAK AKAN WUJUD !

"Memang mak aku lahirkan aku tetapi dia tak sayang aku! Dia abaikan aku !"

Memang, ada ibu yang mengabaikan anaknya . Yang terlalu sibuk mengejar urusan dunia. Tapi kamu tidak seharusnya membenci ibu . Kerana walau apapun dia tetap ibu kandung kamu. Malahan,kamu perlu berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik . Mungkin suatu hari nanti ibumu akan sedar akan kesilapannya?


Muhasabah diri seketika.




Buat ibu Hanis :



Terima kasih sebab menjaga kakak dari dalam perut sehinggalah berumur 17 tahun ini.

Terima kasih sebab sentiasa sabar melayan kerenah kakak yang mengada-ngada ini.

Terima kasih sebab selalu masak sedap-sedap untuk bagi perut kakak makan .

Terima kasih sebab sudi mendengar cerita kakak selepas balik sekolah .

Terima kasih sebab selalu backup kakak .

Terima kasih sebab selalu memenuhi permintaan kakak .

Terima kasih atas segalanya . Kakak sayang umi !


Jujur kakak katakan, kakak takut kehilangan Umi . 

kakak tak sanggup . 

kakak selalu berharap agar kakak yang pergi dulu .

sebab kakak tahu,kakak tak kuat

kakak mungkin jadi gila kalau umi tak ada !



"Ya Allah,panjangkanlah umur kedua ibubapa ku "











"I miss u !"

Itu aku rasa,tapi hanya dalam hati . Tak mungkin dapat aku luahkan . 
Diantara segan dan risau .

Segan?
"Ye,sebab aku perempuan ."

Risau?
"Maybe,aku je yang suka kau ,kau tak pon"


So,pendam je lah . Nak buat macam mana lagi .


Pendam punya pendam,lama-lama sakit juga kann?
Rasa nak nangis pon ada =(

"memang dah nangis dah ponn"

"loser,pasal tu pon nak nangis"

Sentap . 

Tarik nafas .

"lupakan dia ! Aku boleh ! " semangat giler .

Cuba punya cuba...


Esoknya...


nampak dia , terdiam .


dalam hati kata " kenapalah pepagi dah jumpa dia?"


cuba buat tak tahu,siap buat muka paling menyampah .


Dia pandang,buat tak nampak .

Rasa macam nak tampak muka dia laju-laju !


Mood dah down down down...





Balik rumah, masuk bilik

menjerit " I HATE U ! I HATE U ! I HATE U ! "

ambik handphone, delete all about him .


Senyum .

Senyum .

Senyum .


Kononnya dah boleh lupalah tuu .

gelak .

hanya harapan .


Ingat senang?


"Ya Allah, kenapa susah sangat nak lupakan dia?"

Ambil wuduk , solat .

Doa pada Allah permudahkan untuk lupa dia. 




But weird,

malamnya mimpi dia .

yang baik-baik ,seakan-akan tak bagi aku lupakan dia .

"erk,apakah maksudnya?"

Garu kepala .


Ia berulang ,
Setiap kali aku cuba melupakan dia .














Apa itu sindrom down?  sindrom down merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran. Adik Hanis yang bongsu dilahirkan dalam keadaan sindrom down dan dia menghidapi penyakit jantung berubang .

Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.
Ciri-ciri fizikal termasuklah:
  • Tubuh yang pendek.
  • Kepala bersaiz kecil.
  • Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
  • Lidah terjelir.
  • Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
  • Pertumbuhan yang lambat.
  • Kecacatan mental yang ringan atau sederhana.
Masalah Kesihatan yangberkaitan Sindrom Down dan Rawatan
Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar daripada program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat daripada doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal anda.
Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan.
  • Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur.
    • Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.
    • Lambat atau sukar dalam pembelajaran.
    • Lambat dalam pertuturan.
  • Penyakit jantung kongenital.
    • Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa.
  • Kecacatan pertumbuhan perut.
    • Intestinal atresia.
    • Tiada dubur - Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu dibedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa.
  • Mudah mendapat jangkitan.
    • Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera apabila demam atau nampak kurang sihat.
  • Masalah pendengaran dan penglihatan.
    • Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.
  • Gangguan fungsi Tiroid.
    • Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin.
    • Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon.
  • Barah (kanser).
    • Leukemia lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa.
    • Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.


Hanis ingat lagi, time dia baru lahir . Adik Hanis terpaksa duduk di dalam wad sehingga berminggu-minggu lamanya . Hanis dan adik beradik yang lain tak dapat tengok dia langsung . Umi Hanis yang sepatutnya berpantang terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital untuk menjenguk adik Hanis . Hospital Serdang itu ibarat rumah kedua kami .

Setahun kemudian , adik Hanis kena buat pembedahan jantung di IJN . Masa tu bulan puasa . Dah nak dekat raya . Kitaorang buka puasa dekat IJN . Memang rasa lain . Selepas beberapa hari baru adik Hanis dibedah . Hati risau sangat,takut apa-apa terjadi . Bedah jantung tinggi risiko . Dan Allhamdullilah, setelah 2 jam menunggu, adik Hanis selamat menjalani pembedahan . Syukur !


NUR AZMINA

di IJN

2 tahun

4 tahun
yang buat peace dekat mulut


Sayang sangat dekat kamu Nur Azmina =)


Talesmia . Apakah benda itu? Jarang sangat orang sedar tentang kewujudan penyakit talesmia ini termasuklah Hanis sendiri . Atlease kalau korang tak sakit pon korang boleh tau lah sedikit maklumat kann?


Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Bagaimana Talasemia merebak?  Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.

Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak  dari umur 3-18 bulan. Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.

Rawatan bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah  sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan  dalam seumur hidup pesakit Talasemia. Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu.

Walaubagaimanapun, terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenai nya dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut.  Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal.


 Pesakit Talasemia memerlukan rawatan transfusi darah selama 1 hingga 2 bulan seumur hidup dan rawatan ini memerlukan kos yang tinggi. Satu daripada 20 rakyat negara ini merupakan pembawa Talasemia dan daftar Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 4,385 pesakit Talasemia sedang menjalani rawatan bulanan. 


Seramkan kalau kena penyakit ni? Nak kena buat rawatan transfusi darah lagi . Kesian pada sesiapa yang ada penyakit Talesmia . Hanis doakan korang bersabar dengan ujian yang Allah berikan ini . Korang kena kuat ! Chaiyok!!! Jangan risau, Allah sentiasa bersama anda =)


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

ABOUT ME

Hanis Masturina

Hanis Masturina | 24 y/o | Part-Time Blogger | Selangor

Advertisement

Tinggalkan pesanan disini =)

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright 2019 Hanis Masturina. Dikuasakan oleh Blogger.

Follower

Cari Blog Ini

Previous Post

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  Ogos 2023 (1)
      • SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah
  • ►  2022 (2)
    • ►  Julai 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  Februari 2021 (1)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Jun 2020 (1)
    • ►  Mei 2020 (2)
  • ►  2019 (2)
    • ►  Ogos 2019 (2)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  Mei 2018 (1)
  • ►  2017 (44)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  Oktober 2017 (5)
    • ►  September 2017 (4)
    • ►  Ogos 2017 (1)
    • ►  Julai 2017 (1)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  Mei 2017 (7)
    • ►  April 2017 (6)
    • ►  Mac 2017 (4)
    • ►  Februari 2017 (5)
    • ►  Januari 2017 (9)
  • ►  2016 (86)
    • ►  Disember 2016 (21)
    • ►  November 2016 (11)
    • ►  Oktober 2016 (10)
    • ►  September 2016 (5)
    • ►  Ogos 2016 (5)
    • ►  Julai 2016 (2)
    • ►  Jun 2016 (7)
    • ►  Mei 2016 (9)
    • ►  April 2016 (7)
    • ►  Mac 2016 (2)
    • ►  Februari 2016 (1)
    • ►  Januari 2016 (6)
  • ►  2015 (12)
    • ►  Disember 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  Oktober 2015 (2)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  Ogos 2015 (1)
    • ►  Julai 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  Mac 2015 (2)
    • ►  Februari 2015 (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  Disember 2014 (3)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  Jun 2014 (1)
    • ►  Mei 2014 (2)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  Mac 2014 (1)
    • ►  Februari 2014 (1)
    • ►  Januari 2014 (1)
  • ►  2013 (17)
    • ►  Disember 2013 (2)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  Oktober 2013 (2)
    • ►  September 2013 (5)
    • ►  Julai 2013 (5)
    • ►  Februari 2013 (1)

Blogger's Family

  • Kasihku Amani Imani
    Sanwa Soda Cracker: Tri-colour Quinoa & Sesame
  • FARAH
    Tarikan Baru LEGOLAND Malaysia 2025: Build & Race Ferrari Pertama di Asia & Roadshow Pavilion Bukit Jalil
  • BUSYRA TAKIYUDIN
    Zaman dulu lebih seronok blogging dari zaman sekarang
  • Lea Azleeya
    Buku Taubatku Untuk Siapa? – Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi
  • aienie.nka
    Tulisan pertama pada 2025
  • ombakbergigi
    Buffet Selera Ramadan Di GoodHope Hotel Skudai
  • Lifetime Thesis
    Pencuci Muka Terbaik - Mengandungi Aloe Vera & Tea Tree Oil Mencuci Bersih Hingga Ke Liang Pori
  • sayidahnapisahdotcom
    60++ Template Kad Raya Digital 2024 Baru
  • RRAI
    Cover Song Pilihan Sept: RECKLESS
  • Syaza Raihanah
    Back to School : My New Semester Routine
  • KimChaa
    Kopi cheese
  • Maisarah
    2 Point O Full Movie 2020.
  • || Beeha Azman ||
    Muffin on My 23rd Birthday!
  • LE.JH
    Berwajah Baru & Bakal Tukar URL Link
  • Pengedar Shaklee Seremban
    Resepi Ayam Paprik
  • // Just Like Me ♔
    Full Tempahan Template by Wan Nur Amirah
  • Reenri
    Pelik Ke?
  • Faezah Mdnor Official Blog
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua
Blogs Directory

Featured Post

Yuran asrama KUPTM KL

Popular Posts

  • KPP Test- Tips LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer
  • Orentasi di Institut Profesional Baitulmal
  • Belajar di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL)
  • DIY hadiah istimewa anda hanya di Printcious.com

Label

Bookcafe 2 Buku Prima 3 BukuFixi 4 Diploma Pengajian Muamalat 7 Diploma Pengurusan Haji dan umrah 7 Diploma pengurusan zakat dan wakaf 7 IPB 6 Institut Profesional Baitulmal 7 KELABU 1 Kedai buku Online 5 Lengloi 1 MAIWP 6 NovelFixi 2 ONEXOX 3 Puja 1 Qarin 1 baitulmal 6 celcom 2 ezbuy 1 fixi 5 hanismasturina 6 homegrown 2 internet mudah alih 2 khasiat daun inai 1 kolej 4 mereka 1 novel 9 patung 1 penawar resdung 1 prabayar 2 review 8 reviewnovel 8 taobao 1
Copyright © 2021 Hanis Masturina

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template