Hanis Masturina
  • Home
  • Kenali IPB
  • Collaboration
  • My Review
    • Novel Melayu
    • Kdrama
    • Anime
  • Contact Me
Apa itu sindrom down?  sindrom down merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran. Adik Hanis yang bongsu dilahirkan dalam keadaan sindrom down dan dia menghidapi penyakit jantung berubang .

Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.
Ciri-ciri fizikal termasuklah:
  • Tubuh yang pendek.
  • Kepala bersaiz kecil.
  • Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
  • Lidah terjelir.
  • Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
  • Pertumbuhan yang lambat.
  • Kecacatan mental yang ringan atau sederhana.
Masalah Kesihatan yangberkaitan Sindrom Down dan Rawatan
Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar daripada program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat daripada doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal anda.
Doktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan.
  • Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur.
    • Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.
    • Lambat atau sukar dalam pembelajaran.
    • Lambat dalam pertuturan.
  • Penyakit jantung kongenital.
    • Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa.
  • Kecacatan pertumbuhan perut.
    • Intestinal atresia.
    • Tiada dubur - Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu dibedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa.
  • Mudah mendapat jangkitan.
    • Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera apabila demam atau nampak kurang sihat.
  • Masalah pendengaran dan penglihatan.
    • Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.
  • Gangguan fungsi Tiroid.
    • Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin.
    • Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon.
  • Barah (kanser).
    • Leukemia lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa.
    • Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada keadaan.


Hanis ingat lagi, time dia baru lahir . Adik Hanis terpaksa duduk di dalam wad sehingga berminggu-minggu lamanya . Hanis dan adik beradik yang lain tak dapat tengok dia langsung . Umi Hanis yang sepatutnya berpantang terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital untuk menjenguk adik Hanis . Hospital Serdang itu ibarat rumah kedua kami .

Setahun kemudian , adik Hanis kena buat pembedahan jantung di IJN . Masa tu bulan puasa . Dah nak dekat raya . Kitaorang buka puasa dekat IJN . Memang rasa lain . Selepas beberapa hari baru adik Hanis dibedah . Hati risau sangat,takut apa-apa terjadi . Bedah jantung tinggi risiko . Dan Allhamdullilah, setelah 2 jam menunggu, adik Hanis selamat menjalani pembedahan . Syukur !


NUR AZMINA

di IJN

2 tahun

4 tahun
yang buat peace dekat mulut


Sayang sangat dekat kamu Nur Azmina =)


Talesmia . Apakah benda itu? Jarang sangat orang sedar tentang kewujudan penyakit talesmia ini termasuklah Hanis sendiri . Atlease kalau korang tak sakit pon korang boleh tau lah sedikit maklumat kann?


Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Bagaimana Talasemia merebak?  Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.

Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak  dari umur 3-18 bulan. Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.

Rawatan bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah  sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan  dalam seumur hidup pesakit Talasemia. Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.  Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting didalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu.

Walaubagaimanapun, terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenai nya dengan penghadiri kaunseling genetik . Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut.  Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal.


 Pesakit Talasemia memerlukan rawatan transfusi darah selama 1 hingga 2 bulan seumur hidup dan rawatan ini memerlukan kos yang tinggi. Satu daripada 20 rakyat negara ini merupakan pembawa Talasemia dan daftar Kementerian Kesihatan menunjukkan kira-kira 4,385 pesakit Talasemia sedang menjalani rawatan bulanan. 


Seramkan kalau kena penyakit ni? Nak kena buat rawatan transfusi darah lagi . Kesian pada sesiapa yang ada penyakit Talesmia . Hanis doakan korang bersabar dengan ujian yang Allah berikan ini . Korang kena kuat ! Chaiyok!!! Jangan risau, Allah sentiasa bersama anda =)



Hai , apa khabar semua? Hari ini Hanis nak share resepi aiskrim . Asal tetiba ni? Sejak bila pula Hanis main share2 resepi ni? hahaha , Sebenarnya, ni semua untuk projek ICT . Tapi dah alang-alang Hanis pon penggemar aiskrim , apa salahnya share-share kan?

Bahan-bahan yang kira perlukan ialah :

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat (suku je pon boleh, ikut manis masing-masing.)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar Ovalett (cari yang HALAL ok!)
  • perasa apa-apa yang korang suka !
 Langkah-langkahnya ialah :


1) Masukkan susu cair, susu pekat , esen vanilla, ovallet semua tuu...
2) Pukul sehingga kembang . Sampai tekstur jadi pekat ala-ala krim gitu.



  3)Selepas adunan kelihatan pekat dan kembang, masukkan adunan ke dalam bekas.

4) Letak adunan ini tadi ke dalam peti sejuk. Biarkan selama 1 jam.


5) Selepas 1 jam berlalu, keluarkan balik adunan aiskrim tu dan masukkan Chocolate Chip*bergantung pada korang . Gaulkan.

6) Masukkan semula adunan tersebut ke dalam peti sejuk.  Biarkan dalam masa 1 hari.

dan hasilnya!

JENG
.
.
.
JENG
.
.
.
JENG!


SIAP !

sekian


p/s : sumber dari internet dan gambar Hanis curi dari sini sebab hari tu buat tak sempat tangkap gambar, teruja sangat! hahaha . 






Hai korang ! Lama Hanis tak update blog bukan? Dah rindu setinggi gunung Kinabalu pada blog ini tau ! Tak sanggup biarkan lama-lama ! Last update haritu 24 Disember 2013 . Sekarang? 28 Januari 2014 . Jadi, kepala hotak ini agak susah mengeluarkan idea untuk menaip entri -_-' .

Hmm...apa kita nak ceriter eh? Kita citer pasal sesi persekolahan 2014 ni la. Tahun ni Hanis tingkatan 5 . So, kelas yang sama,murid yang sama, perangai yang sama cuma ada juga yang berubah kepada yang lebih baik . Bosan? emm...tak .hehe . Hanis? Apa yang berubah? lebih berani? Tak . Lebih pandai? Tak juga . Makin rajin? Lagilah jauh , malas tahap ular sawa kekenyangan adalah . Makin sombong? entahlah, Hanis tak tahu kenapa tahun ni Hanis agak sombong sikit . Nak senyum dekat orang pon susah . What's wrong with me?

Kawan Hanis lagi sorang pula pindah . Tinggallah kita berdua sayu...mayu...layu...memang tak boleh nak cakap apa dah .

Hmm...dah cakap dah . Idea kering kontang macam padang pasir . Tak tahu nak taip apa . Nantilah lain kali kalau ada ceriter best Hanis share-share ye =) . Korang doakan Hanis dapat belajar dengan baik , lebih yakin , ceria dan ramah .

Lastly, thank kepada yang sudi membaca entri ini . Kesanggupan anda amat Hanis hargai . Tapi, kalau boleh komen lah sikit . Bagi nasihat ke.... Please ~

CoretanKu~
Lagi beberapa hari lagi tahun 2013 akan melabuhkan tirainya . *eh,betulkah ayat ni? Tahun 2014 akan menjelma . Bermulalah kehidupan Hanis sebagai pelajar tingkatan lima . Tingkatan 5 yang dengan pakej peperiksaan yang bakal menentukan masa hadapan Hanis , iaitu SPM ! Rasa berdebar-debar nak masuk tahun depan . Ya Allah, permudahkanlah segalanya .

Disebabkan Hanis SPM tahun depan , kemungkinan Hanis tak akan sempat lagi update blog seperti ini . Harap Maklum ! *ceh . Bukan tak online langsung tapi hanya sempat berFB je . Blog memang tak sempatlah, dapat online seminggu sekali, 1 jam je .Sedih juga nak tinggalkan blog ni walaupun hanya sementara waktu , tapi demi SPM , harus jugaa

Kalau ada apa2 hal ,nak jadi kawan ke, bla...bla...bla... contact Hanis :

https://www.facebook.com/BlogHanis

https://www.facebook.com/hanis.masturina

https://twitter.com/HanisMasturina


Sekian , jumpa tahun 2015 =P



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

ABOUT ME

Hanis Masturina

Hanis Masturina | 24 y/o | Part-Time Blogger | Selangor

Advertisement

Tinggalkan pesanan disini =)

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright 2019 Hanis Masturina. Dikuasakan oleh Blogger.

Follower

Cari Blog Ini

Previous Post

  • ▼  2023 (1)
    • ▼  Ogos 2023 (1)
      • SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah
  • ►  2022 (2)
    • ►  Julai 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  Februari 2021 (1)
  • ►  2020 (3)
    • ►  Jun 2020 (1)
    • ►  Mei 2020 (2)
  • ►  2019 (2)
    • ►  Ogos 2019 (2)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  Mei 2018 (1)
  • ►  2017 (44)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  Oktober 2017 (5)
    • ►  September 2017 (4)
    • ►  Ogos 2017 (1)
    • ►  Julai 2017 (1)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  Mei 2017 (7)
    • ►  April 2017 (6)
    • ►  Mac 2017 (4)
    • ►  Februari 2017 (5)
    • ►  Januari 2017 (9)
  • ►  2016 (86)
    • ►  Disember 2016 (21)
    • ►  November 2016 (11)
    • ►  Oktober 2016 (10)
    • ►  September 2016 (5)
    • ►  Ogos 2016 (5)
    • ►  Julai 2016 (2)
    • ►  Jun 2016 (7)
    • ►  Mei 2016 (9)
    • ►  April 2016 (7)
    • ►  Mac 2016 (2)
    • ►  Februari 2016 (1)
    • ►  Januari 2016 (6)
  • ►  2015 (12)
    • ►  Disember 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  Oktober 2015 (2)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  Ogos 2015 (1)
    • ►  Julai 2015 (1)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  Mac 2015 (2)
    • ►  Februari 2015 (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  Disember 2014 (3)
    • ►  November 2014 (1)
    • ►  Jun 2014 (1)
    • ►  Mei 2014 (2)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  Mac 2014 (1)
    • ►  Februari 2014 (1)
    • ►  Januari 2014 (1)
  • ►  2013 (17)
    • ►  Disember 2013 (2)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  Oktober 2013 (2)
    • ►  September 2013 (5)
    • ►  Julai 2013 (5)
    • ►  Februari 2013 (1)

Blogger's Family

  • || Beeha Azman ||
    Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun
  • Kasihku Amani Imani
    Perginya Tak Kembali
  • Lea Azleeya
    Huawei Matepad Air Returns As An Ultra-Thin Pc-Like Ai Tablet Built For Everyday Productivity
  • FARAH
    Cerita done mengundi di Johor pada Jul 2026
  • sayidahnapisahdotcom
    Tips Lulus Ujian JPJ 2026
  • ombakbergigi
    Pengalaman Umrah Kali Pertama Bersama Andalusia
  • BUSYRA TAKIYUDIN
    De La'Te Coffee Alor Setar | Cafe ini sesuai untuk lepak santai
  • aienie.nka
    Tulisan pertama pada 2025
  • Lifetime Thesis
    Pencuci Muka Terbaik - Mengandungi Aloe Vera & Tea Tree Oil Mencuci Bersih Hingga Ke Liang Pori
  • RRAI
    Cover Song Pilihan Sept: RECKLESS
  • Syaza Raihanah
    Back to School : My New Semester Routine
  • KimChaa
    Kopi cheese
  • Maisarah
    2 Point O Full Movie 2020.
  • LE.JH
    Berwajah Baru & Bakal Tukar URL Link
  • Pengedar Shaklee Seremban
    Resepi Ayam Paprik
  • // Just Like Me ♔
    Full Tempahan Template by Wan Nur Amirah
  • Reenri
    Pelik Ke?
  • Faezah Mdnor Official Blog
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua
Blogs Directory

Featured Post

Yuran asrama KUPTM KL

Popular Posts

  • KPP Test- Tips LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer
  • Orentasi di Institut Profesional Baitulmal
  • DIY hadiah istimewa anda hanya di Printcious.com
  • Belajar di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM KL)

Label

Bookcafe 2 Buku Prima 3 BukuFixi 4 Diploma Pengajian Muamalat 7 Diploma Pengurusan Haji dan umrah 7 Diploma pengurusan zakat dan wakaf 7 IPB 6 Institut Profesional Baitulmal 7 KELABU 1 Kedai buku Online 5 Lengloi 1 MAIWP 6 NovelFixi 2 ONEXOX 3 Puja 1 Qarin 1 baitulmal 6 celcom 2 ezbuy 1 fixi 5 hanismasturina 6 homegrown 2 internet mudah alih 2 khasiat daun inai 1 kolej 4 mereka 1 novel 9 patung 1 penawar resdung 1 prabayar 2 review 8 reviewnovel 8 taobao 1
Copyright © 2021 Hanis Masturina

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template