Hai semua, Hanis sedang mencari seorang partner yang sudi untuk berkerjasama dengan Hanis dalam menjalankan Preloved Novel Giveaway dimasa akan datang. Harap-harap adalah yang sudi jadi partner kita yee hahaha
Kriteria partner yang Hanis cari adalah:-
1) Seorang blogger
2) Jujur dan amanah
3) Boleh sponsor sekurang-kurangnya 2 novel preloved atau baharu
4) Tidak meletakkan syarat yang menyusahkan peserta (seperti komen pada post, media sosial,klik iklan dan sebagainya.)
Apa yang anda akan dapat?
1) Menambah bilangan follower blog anda.
2) Menambah bilangan like pada pages FB.
3) Meningkatkan bilangan pageviews blog.
4) Meningkatkan jumlah follower instagram.
5) Meningkatkan peluang untuk mendapat customer (instashop/onlineshop)
6) Menambah kenalan blog =)
Kalau ada yang berminat dan memenuhi kriteria diatas boleh whatapps Hanis di nombor 019-3140559 . Terima kasih.
Assalamualaikum,
Adakah anda telah bersedia untuk perlancaran telefon pintar Vivo V7+ yang terbaharu? Vivo V7+ yang pastinya memberikan pengalaman baharu dan menarik kepada pengguna telefon pintar terutamanya kepada yang amat gemar berselfie!
Kenapa?
Kerana Vivo V7+ dilengkapi dengan kamera hadapan 24mp dengan filter face beauty yang pastinya dapat menghasilkan selfie yang cantik dan sempurna! Menariknya lagi,kamera depan.Vivo V7+ mampu merakam video 1080@30fps yang akan kelihatan sangat jelas dan jernih terutamanya semasa membuat life streaming.
Kamera belakang Vivo V7+ beresolusi 16mp dilengkapi dengan autofocus dan LED flash agar kamu dapat menangkap gambar yang jelas dan cantik walaupun di dalam gelap. Lebar Vivo V7+ adalah 5.7 inci dengan konsep fullview.
Vivo V7+ mempunyai RAM sebanyak 32/64 GB dengan slot microSD yang mencapai 256 GB.
Dalam aspek rangkaian dan jaringan, Vivo V7+ bakal beroperasi dengan android terbaharu iaitu android v7.0 Nougat yang pastinya menjanjikan banyak penambahbaikan dan pengalaman baharu serta kelajuan internet yang memuaskan!
Agak-agak korang berapa ye harga Vivo V7+ ini?
Tunggu dulu,baca dulu bawah ini supaya korang tidak ketinggallan
Vivo V7+ akan dilancarkan di Malaysia pada 26 September 2017- 15 Oktober 2017!
Promosi sempena perlancaran Vivo V7+ ini adalah PERCUMA BACKPACK dan BAUCER WATSON RM10!
Harga Vivo V7+ adalah RM 1 499 SAHAJA!
Tunggu dulu...belum habis lagi ni...Ada banyak lagi yang boleh diperolehi jika anda mendapatkan Vivo V7 plus di Senheng/SenQ ! Baca bawah ini.
KENAPA ANDA PERLU DAPATKAN VIVO V7+ DI SENHENG/SENQ?
1) Cara pembelian Vivo V7 = Bayaran Penuh/ 24 bulan ansuran
* Ansuran sehingga 24 bulan keatas: pembeli boleh membuat pilihan samaada membuat pembelian dengan/tanpa ansuran sehinggan 24 bulan keatas.
2) Pilihan ansuran meluas apabila pelanggan memilih untuk membuat pembayaran penuh = Sehingga 24 bulan di seluruh Maybank, Maybank AMEX, AwamBank, dan HSBC (Citibank Akan Datang)
3) Waranti tambahan 1 tahun = Manfaat khas dibawah skim keahlian PlusOne ( untuk menyertai hanya perlu membayar RM 12 sahaja yuran keahlian). Jika anda sudah mempunyai keahlian, anda hanya perlu log in senheng.com.my dan senq.com.my. dan anda berhak mendapat jaminan tambahan 1 tahun waranti.
4) Pilihan penghantaran = Penghantaran Vivo V7+ ke rumah tanpa melibatkan kos penghantaran termasuk Sabah dan Sarawak. (Penghantaran Percuma)
5) Trade-in telefon pintar anda! = hanya layak untuk pelanggan Senheng. Pelanggan dapat trade in telefon lama mereka dan mendapatkan rebat untuk telefon baharu. Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai trade-in , sila ke laman web berikut : http://www.senheng.com.my/trade-in-rebate .
Hai semua, harini Hanis nak share satu platform yang boleh dipercayai untuk kita sebagai blogger ini menjana sedikit pendapatan menggunakan media sosial seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya yang bersesuaian.
Involve Asia adalah satu pemasaran affiliate yang membantu menyambung pengiklan kepada penerbit melalui cara pengiklanan original. Involve asia menyediakan kemudahan dan alat yang lengkap bagi memudahkan orang ramai mendapatkan link sendiri yang siap dijana agar dapat terus dikongsikan ke media sosial masing-masing. Dengan cara ini kita dapat menjana pendapatan dengan komisen yang kita perolehi dari setiap syarikat yang kita kongsi. Jumlah komisen adalah berbeza mengikut komisen yang syarikat masing-masing telah tetapkan. Ditubuhkan pada tahun 2014, Involve Asia adalah sebuah syarikat yang disokong dengan pejabat di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Jangan pernah menyesali apabila mengenali seseorang. Jangan pernah menyesali atas semua perkara yang berlaku. Baik buruk orang yang kita kenal mengajar kita banyak perkara. Pahit manis kehidupan yang kita lalui membentuk diri kita agar lebih matang dan berfikiran jauh. Ianya juga mengajar kita erti kesabaran dan tidak mudah berputus asa. Menjalani pahit manis perjalanan dalam hidup adalah satu pengalaman yang amat berharga =)
Assalamualaikum,
Hi semua. Hanis menghilang lagi. Rasa nak gelak pun ada sebab selepas sebulan berlalu baru ada masa nak sambung mengenai Percutian di Pulau Perhentian ni bagi bahagian 2. Ni part 1 (KLIK SINI). Kalau tak sambung rasa macam tergantung pula kita punya story hihihi. So Hanis cuba untuk throwback sikit memori dalam kepala ni hahaha.
Hari kedua di Pulau Perhentian. Hari kami dimulakan dengan sesi photoshot berlatarbelakangkan lautan membiru. Tak syoklah pergi bercuti kalau tak tangkap gambar banyak-banyak kan? Rugi. hahaha. Orang lain ketika itu masih ada yang sedang bermimpi, tengah bersiap,makan dan sebagainya tetapi tidak bagi kami. Lepas makan kitaorang terus cari port yang lawa untuk bergambar dan inilah hasilnya tadaaa...
Pada hari kedua inilah aktiviti snorkeling kami bermula. Kitaorang punya excited tu takpayah nak cakaplah almaklumlah kali pertama merasai pengalaman snorkeling di dalam air hehehe.
Pada asalnya terdapat 5 tempat ataupun disebut "point" yang akan kami singgah untuk snorkeling. Antara point yang Hanis ingat ialah Turtle beach, shark point dan romantic beach. Lagi 2 point tu Hanis sudah lupa namanya coral apatah hahaha maaf.
Saat paling mencabar semasa nak terjun dari bot ke dalam air di point pertama. Memasing takut sebab nak kena terjun. Sebenarnya ada 2 cara untuk turun dari bot. Yang pertama, terjun. Cara yang kedua ialah dengan menuruni tangga lebih relax dan mudah. Tetapi Hanis tak tahu kenapa ketika itu Hanis nak kawan-kawan pilih untuk terjun! hahaha but Hanis ok je sebab ini bukan kali pertama Hanis terjun kedalam air. Hanis masih ingat ketika Hanis buat "terjunan bunuh diri" masa berseronok dengan roommates di Tadom Hills, Banting beberapa tahun yang lalu. Thats why Hanis pilih untuk terjun sebab "rindu" hahaha.
Bab terjun dalam air tu Hanis ok je. Takda lemas ke apa tapi yang buat Hanis stress bila goggle yang Hanis pakai selalu sangat masuk air huhuhu. Orang lain ok sahaja tiada masalah hmm sakit hati plus perit air masuk mata dan hidung sobsob sis redo...
Video ini masa atas bot nak pergi ke next point. Angin kuat pemandangan lawa sebab tu kitaorang pilih untuk duduk belakang sekali hahaha. Duduk depan pun dah pernah merasa sakit mata hahaha belakang better kot. Yang perempuan tu BFF Hanis namanya Hazirah, yang laki 2 orang tu geng praktikal diploma Hanis. Sila abaikan muka Hanis yang letih berenang goggle masuk air sis lemas kahkahkah
Hanis minta maaf sebab gambar lawa-lawa dalam air takde. Cuma ada dalam ingatan dan hati Hanis je ceh ceh. InshaaAllah lain kali kalau Hanis pergi bercuti Hanis bawa phonecase kalis air untuk snap pic banyak banyak BANYAK! hahaha
Jadi berakhirlah aktiviti snorkeling yang agak penat tetapi sangat menyeronokkan. Penat tu sebab banyak telan air dan berenang tak bergerak sebab arus kuat sangat masa dekat shark point. Hanis bersama lagi 3 orang dalam video diatas dibawa arus masa tu jauh dari bot dan kawan-kawan yang lain. Sebab kitaorang berempat turun paling awal dari bot. Syok tengok dalam air naik muka terkejut sebab jauh gila hahaha panik sekejap. Sudah habislah day 2. Balik bilik bersihkan diri settel apa yang patut jejalan bawah snap pic sikit then balik bilik semula lepastu memasing pengsan. Penat tau snorkeling! hahaha
Hari ke 3. Masa untuk pulang. And again kami berempat (Hanis, Hazirah, Ifa dan Iqa) bangun paling awal lepas tu keluar makan then? cer teka buat apa hahaha. Apa lagi? Bergambarlah hehehe. Bergambar sampai masuk kampung. Rumah orang pun jadi latar belakang photoshot kitaorang tau! hahaha jangan memain dengan kami cehh
Lepas habis bergambar kitaorang bergerak ke jeti kemudian menaiki bot. Sampai di sana ada pula jual-jual apalagi shoppinglah kesudahannya tengok jam kelam kabut sebab sudah hampir masa untuk bas bergerak. Nasib baik sempat tak kena tinggal bas hahaha.
Ok tamat sampai sinilah cerita mengenai Pulau Perhentian. Dasyat jugalah ambil masa 1 bulan untuk siap hahaha. Keseluruhannya Hanis enjoy dengan percutian kali ini. Percutian ini pada asalnya dirancang oleh geng praktikal iaitu Hanis,Taufiq,Arif,Izwan dan Faiz tetapi atas sebab tertentu Izwan terpaksa menarik diri dan Faiz pula cancel nak ikut pada saat akhir atas urusan kerja. Then percutian ini bertukar menjadi percutian BFF bila seorang Hanis berjumpa BFF nya =) Eh tapi Hanis enjoy juga dengan Taufiq dan Arif. 2 in 1 bak kata orang with the girls and the boys dua ketul kehkehkeh.