Assalamualaikum,
Lirik Lagu Pesan - Irfan Haris
Disaat ku tiada nanti, tiada lagi disisimu
Jangan kau bersedih dan menangis
Engkau insan yang ku sayang
Yang paling ku kasih dirimu
Amat bererti dihidupku
Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya
Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...
Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi...
whooo huooo.
Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya
Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...
Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi...
Assalamualaikum,
Pertama, Hanis nak ucapkan tahniah kepada mereka yang sudah mempunyai lesen memandu kereta dan menunggang motor yang sah. Bagi mereka yang masih belum mempunyai lesen memandu dan menunggang atau sedang mengambil kelas lesen diharapkan entri ini dapat membantu korang sedikit sebanyak untuk LULUS dalam Ujian Undang-Undang Berkomputer-KPP Test atau lebih dikenali sebagai "Test Komputer".
Apa itu Ujian Undang-Undang Berkomputer?
Ujian Undang-Undang Berkomputer adalah ujian yang diwajibkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kepada orang awam sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan lesen memandu dan menunggang.
Bagi yang mengambil lesen untuk kereta atau motosikal sahaja, terdapat 50 soalan dan markah untuk lulus adalah 42/50. Manakala bagi yang mengambil kedua-dua jenis lesen ini sekali, terdapat 70 soalan dan markah untuk lulus adalah 59/70.
Sebelum memulakan Ujian Undang-Undang Berkomputer yang sebenar, korang perlu menduduki Ujian Buta Warna. Ujian Buta Warna ini akan menentukan sama ada korang LAYAK/TIDAK LAYAK untuk membuat lesen memandu.
Bagi yang BETUL kesemua soalan Ujian Buta Warna ini bermakna anda LAYAK untuk menduduki Ujian Berkomputer namun bagi yang statusnya TIDAK LAYAK jangan risau, jika korang betul-betul mahu mendapatkan lesen memandu korang perlu pergi ke Hospital untuk mendapatkan pelepasan dan kebenaran untuk mengambil lesen memandu.
Sebelum layak untuk menduduki Ujian Berkomputer ini, orang awam perlu menghadiri Kursus KPP01 untuk setiap jenis kelas lesen.
Contohnya, Hanis mengambil lesen untuk B2 bagi motosikal dan D bagi kereta. Jadi Hanis perlu menghadiri 2 kelas KPP01 yang masing-masing memakan masa 6 jam untuk satu kelas.
Selepas selesai menghadiri kursus tersebut, korang perlu menunggu panggilan untuk menduduki Ujian Undang-Undang Berkomputer. Sementara itu korang bolehlah baca buku Kurikulum Pendidikan Pemandu yang sekarang ini diwajibkan oleh setiap individu untuk memiliki buku sendiri kerana di belakang buku itu terdapat nombor siri masing-masing yang akan digunakan ketika menduduki Test Komputer nanti. Takde dah kongsi-kongsi buku ni...
Apa? Buku tebal sangat? Tengok pun tak lalu nak baca... Sapa macam ni angkat tangan! Haa ni lah nak bagitahu. Kalaulah korang ni memang jenis SUSAH sangat nak baca buku sebab tak sanggup, Hanis ada 2 inisetif untuk korang. Zaman sudah modenlah, tidak semestinya tak baca buku tak boleh LULUS Test Komputer tu. Buku tu cukuplah kita dah hadap 6 jam masa KPP01, guna cara lainlah untuk buat ulangkaji takdelah bosan sangat kan? hehehe
Inisetif pertama. Korang bolehlah buka website ini (KLIK) untuk membuat latihan secara online. Ada latihan buta warna, Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan simulasi Ujian.
Inisetif kedua. Buka telefon pintar korang yang canggih itu, buka PlayStore dan cari "Ujian KPP- Lesen L" kemudian install. Hanis guna cara inilah untuk buat latihan sebelum menduduki Ujian Komputer tempoh hari. Jimat masa,jimat tenaga tak payah buka google pun cuma makan space sikitlah. Ala apa susah, dah lulus uninstall lah balik huhuhu. Jangan kedekut kalau nak lulus gaiss hahaha.
Emm, tu sahaja kot perkongsian Hanis harini. Takkanlah korang nak Hanis bagi soalan bocor pulakkan... Lagipun soalan bocor tu memang takde kot, sebab diorang dah sediakan banyak set tau untuk kita. Takde can nak meniru pun kalau korang jenguk orang sebelah sebab soalan lain-lain. Tak susah sebenarnya nak LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer ni kalau korang baca buku. Paling malas pun boleh LULUS kalau buat latihan guna 2 cara yang Hanis bagi seperti diatas.
Goodluck semua !
Assalamualaikum,
“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart” merupakan tagline bagi sebuah website yang memberikan peluang kepada pelanggan untuk menghasilkan rekaan sendiri agar hadiah yang ingin diberikan kepada yang tersayang menjadi lebih istimewa. Konsep yang diperkenalkan oleh Printcious.com ini memberi menjadi satu pilihan yang tepat bagi individu yang sudah bosan dengan lambakan hadiah di pasaran yang sama dan teringin untuk menghasilkan design sendiri di atas hadiah yang dipilih.
Anda kreatif? Anda mahu menjadikan hadiah itu istimewa untuk orang yang anda sayangi? Ataupun mahukan barangan yang special untuk koleksi peribadi? Printcious.com lah jawapannya !
Printcious.com menyediakan pelbagai variasi barangan yang boleh anda pilih untuk dijadikan hadiah. Antara barangannya adalah seperti T-shirt, cawan, bantal, keychain, beg, topi dan banyak lagi.
Cara nak membuat pembelian di Princious.com :-
1) Create account bagi yang belum pernah mendaftar ataupun login bagi yang sudah mendaftar
2) Pergi ke butang "CREATE" dan pilih barang apa yang ingin anda design.
3) "Start Designing" hadiah anda mengikut kretiviti
4) Nak tambah gambar boleh, tambah tulisan pun tiada masalah. Be Creative okay (maaflah Hanis tak berapa nak kreatif hehehe)
5) Dah siap? Tekan "DONE" boleh "ADD TO CART" . Kalau sudah konfem nak beli terus tekan "CHECKOUT" tapi kalau rasa-rasa macam tak puas shopping tu boleh "continue shopping"
SENANG JE KAN? CEPAT PERGI USHA WEBSITE NI (KLIK)
Tak buat rugi gaiss...
Assalamualaikum,
Hai semua, Hanis sedang mencari seorang partner yang sudi untuk berkerjasama dengan Hanis dalam menjalankan Preloved Novel Giveaway dimasa akan datang. Harap-harap adalah yang sudi jadi partner kita yee hahaha
Kriteria partner yang Hanis cari adalah:-
1) Seorang blogger
2) Jujur dan amanah
3) Boleh sponsor sekurang-kurangnya 2 novel preloved atau baharu
4) Tidak meletakkan syarat yang menyusahkan peserta (seperti komen pada post, media sosial,klik iklan dan sebagainya.)
Apa yang anda akan dapat?
1) Menambah bilangan follower blog anda.
2) Menambah bilangan like pada pages FB.
3) Meningkatkan bilangan pageviews blog.
4) Meningkatkan jumlah follower instagram.
5) Meningkatkan peluang untuk mendapat customer (instashop/onlineshop)
6) Menambah kenalan blog =)
Kalau ada yang berminat dan memenuhi kriteria diatas boleh whatapps Hanis di nombor 019-3140559 . Terima kasih.
ABOUT ME
Hanis Masturina | 24 y/o | Part-Time Blogger | Selangor
Tinggalkan pesanan disini =)
Copyright 2019 Hanis Masturina. Dikuasakan oleh Blogger.
Follower
Cari Blog Ini
Previous Post
-
►
2022
(2)
- ► Julai 2022 (1)
- ► April 2022 (1)
-
►
2021
(1)
- ► Februari 2021 (1)
-
▼
2017
(44)
- ► November 2017 (1)
- ▼ Oktober 2017 (5)
- ► September 2017 (4)
- ► Julai 2017 (1)
- ► April 2017 (6)
- ► Februari 2017 (5)
- ► Januari 2017 (9)
-
►
2016
(86)
- ► Disember 2016 (21)
- ► November 2016 (11)
- ► Oktober 2016 (10)
- ► September 2016 (5)
- ► Julai 2016 (2)
- ► April 2016 (7)
- ► Februari 2016 (1)
- ► Januari 2016 (6)
-
►
2015
(12)
- ► Disember 2015 (2)
- ► November 2015 (1)
- ► Oktober 2015 (2)
- ► September 2015 (1)
- ► Julai 2015 (1)
- ► April 2015 (1)
- ► Februari 2015 (1)
-
►
2014
(11)
- ► Disember 2014 (3)
- ► November 2014 (1)
- ► April 2014 (1)
- ► Februari 2014 (1)
- ► Januari 2014 (1)
-
►
2013
(17)
- ► Disember 2013 (2)
- ► November 2013 (2)
- ► Oktober 2013 (2)
- ► September 2013 (5)
- ► Julai 2013 (5)
- ► Februari 2013 (1)