Cerebral Palsy (CP)
Assalamualaikum ,
Semalam Hanis sekeluarga pergi melawat anak kawan umi yang terkena sawan di Hospital Putrajaya . Megat Zulkarnaine atau dikenali sebagai Abu merupakan kanak-kanak OKU yang mempunyai penyakit Cerebral Pasly sejak dari lahir lagi. Cerebral Pasly ini menyebabkan anggota badan Abu keras dan kejang.
Apa itu Cerebral Pasly (CP) ?
"PALSY" bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT.
Kanak-kanak Cerebral Palsy (sebahagian besarnya) mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan ketidakupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan menegakkan badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan diperingkat awal bayi dilahirkan- ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.
Apa yang menyebabkan Cerebral Pasly ini terjadi ?
SEMASA PROSES KELAHIRAN
*Kelahiran tidak cukup bulan
*Kecederaan semasa lahir
*Lemas semasa lahir
*Jangkitan semasa lahir
SELEPAS KELAHIRAN (SEBELUM BERUMUR 3 TAHUN)
*Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
*Jaundis yang teruk (kemicterus)
*Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
Dalam kes Abu ni , dia lemas semasa lahir .
Tanda-tanda penyakit Cerebral Pasly (CP)
1) Perkembangannya lambat
2) Gangguan Penglihatan
3) Gangguan Pendengaran
4) Anggota sendi yang lemah (kurang pergerakan)
5) Kurang cergas / lemah
6) Kejang
7) Sukar makan atau minum
8) Sukar bernafas
9) Sukar bercakap
10) Pergerakan terbatas / terhad
11) Sukar duduk , berguling , berjalan
12) Sendi kaku
Abu merupakan salah seorang kanak-kanak yang menjalani terapi pemulihan di PDK Rumah Kaseh Putra Perdana yang terletak di Puchong , Selangor .
PDK merupakan singkatan kepada Pemulihan Dalam Komuniti yang memberikan terapi dan sokongan kepada kanak-kanak kurang upaya untuk menjalani kehidupan yang lebih baik .
PDK Rumah Kaseh Putra Perdana adalah pusat pemulihan dalam komuniti yg memberi latihan kepada insan istimewa (oku) supaya dpt menjalani kehidupan kendiri. Buat masa sekarang terdapat lebih kurang 30 kanak-kanak OKU yang menjalani terapi disana dan jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa .
Disebabkan oleh jumlah pelatih OKU yang semakin bertambah , PDK Rumah Kaseh telah berpindah ke tempat baharu yang lebih luas dan selesa bagi kanak-kanak OKU menjalani latihan dan terapi. Dibawah ini adalah alamat baharu PDK Rumah Kaseh Putra Perdana:-
No. 2 , Jalan Putra Perdana 6/27 , Taman Putra Perdana , 47130 Puchong , Selangor .
Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun PDK Rumah Kaseh Putra Perdana
AM Islamic
2342022004671
Untuk maklumat lanjut bolehlah ke Facebook PDK Rumah Kaseh (KLIK)
28 comments
Perkongsian maklumat yang bagus. Teruskan menulis.
BalasPadamAllhamdulillah...inshaAllah
PadaminsyaAlalh dengan sedikit bantuan dpt meringankan beban.amin
BalasPadamInshaaAllah , Amin 😊
Padamget well soon :) may allah bless this child :)
BalasPadamInshaaAllah 😊
PadamThanks for sharing. Baru tahu ada rumah pemulihan untuk anak-anak Cerebral Pasly (CP) ni.
BalasPadamWelcome. Btw rumah pemulihan ini untuk semua kategori oku termasuklah down sindrom,autism,cp dan banyak lagi 😊
PadamGood info..moga ada insan2 yg sudi membantu PDK Rumah Kaseh ni...
BalasPadamInshaaAllah...mohon doa semua ye ☺️
PadamAnak syurga..SA pun ada kawan yang mempunyai anak cerebral palsy..kawan SA tabah dan kuat swmangat menjaga anak syurga ni.. keperluan pun mmg mahal..terima kasih diatas perkongsian...
BalasPadamBetul tu perbelanjaan semuanya berganda dari jaga anak normal. Smoga kwn SA trus kuat dan tabah menjaga anak syurga ini ☺️
PadamAnak syurga ni. Hanya insan terpilih saja yg dapat rasa pengalaman jaga anak syurga
BalasPadamBetul tu ☺️
PadamGood info. Dapat belajar sikit" tentang benda baru. Lega rasanya bila tau memang ada komuniti" yang sudi membantu
BalasPadamSo sad for the children. Their parents must be very tough to take care of them.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini. Baru tahu punca2 cerebral palsy ni. Moga keluarga anak-anak syurga ini diberi kekuatan dan ketabahan demi anak2 ini.
BalasPadamthanks for sharing. i pun pernah visit to CP centre dekat penang sini.
BalasPadamhopefully more sumbangan can goes to them.
Hwajing Royal High Tea
Allahu... semoga dipermudahkan urusannya dan keluarganya. Perkongsian yang bagus. Cukup informatif dan menyedarkan.
BalasPadamThanks sharing... Anak anak ni istimewa sangat. Ujian besar untuk ibubapa mereka.
BalasPadamInformasi yang bagus. Ruby hanya tahu autism aje. Sebab keadaan mereka lebih kurang kekadang. Semoga anak ini lebih disayangi dan kita yang normal ni cuba faham keadaan parent yang menjaga anak istimewa ni.
BalasPadamYa anak istemewa terutamanya dari kalangan yang mengidap Cereberal Palsy (CP) ini, memerlukan penjagaan khas dan juga alat bantu menguruskan mereka. Kebanyakkan alat-alat bantu ini adalah dari luar negara dan amat mahal.
BalasPadamOoo baru tahu. Kesiannye. Semoga mak ayah dia tabah menjaga dia. Anak istimewa rezeki dia lebih.
BalasPadamBiasa dengar cerebral palsy ni, tapi tak pernah tau simptom2 nya. Ooh begitu ya keadaan mereka, subhan Allah semoga mereka di beri kasih sayang dan perlindungan sepanjang tumbesaran dan semoga pengasuh mereka di beri kesabarandan barokah dalam mendidik anak2 istimewa ni, Ameen
BalasPadamTerima kasih di atas perkongsian ini. Moga masyarakat kita lebih prihatin dan menyayangi semua.
BalasPadamSaya tahu juga tentang sakit CP ni. Mereka memamg memerlukan penjagaan khas dan lebih tumpuan. Marilah kita bantu apa yang boleh.
BalasPadamSemoga Allah merahmati usaha baik Hanis, dan dipermudahkan urusan anak syurga ini. Thanx for sharing.
BalasPadamThanks for the sharing, now I know more about Cerebral Pasly and also how difficult for the patience to cope with it.
BalasPadam