Assalamualaikum ,
Semalam Hanis sekeluarga pergi melawat anak kawan umi yang terkena sawan di Hospital Putrajaya . Megat Zulkarnaine atau dikenali sebagai Abu merupakan kanak-kanak OKU yang mempunyai penyakit Cerebral Pasly sejak dari lahir lagi. Cerebral Pasly ini menyebabkan anggota badan Abu keras dan kejang.
Apa itu Cerebral Pasly (CP) ?
"PALSY" bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT.
Kanak-kanak Cerebral Palsy (sebahagian besarnya) mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan ketidakupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan menegakkan badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan diperingkat awal bayi dilahirkan- ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.
Apa yang menyebabkan Cerebral Pasly ini terjadi ?
SEMASA PROSES KELAHIRAN
*Kelahiran tidak cukup bulan
*Kecederaan semasa lahir
*Lemas semasa lahir
*Jangkitan semasa lahir
SELEPAS KELAHIRAN (SEBELUM BERUMUR 3 TAHUN)
*Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
*Jaundis yang teruk (kemicterus)
*Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
Dalam kes Abu ni , dia lemas semasa lahir .
Tanda-tanda penyakit Cerebral Pasly (CP)
1) Perkembangannya lambat
2) Gangguan Penglihatan
3) Gangguan Pendengaran
4) Anggota sendi yang lemah (kurang pergerakan)
5) Kurang cergas / lemah
6) Kejang
7) Sukar makan atau minum
8) Sukar bernafas
9) Sukar bercakap
10) Pergerakan terbatas / terhad
11) Sukar duduk , berguling , berjalan
12) Sendi kaku
Abu merupakan salah seorang kanak-kanak yang menjalani terapi pemulihan di PDK Rumah Kaseh Putra Perdana yang terletak di Puchong , Selangor .
PDK merupakan singkatan kepada Pemulihan Dalam Komuniti yang memberikan terapi dan sokongan kepada kanak-kanak kurang upaya untuk menjalani kehidupan yang lebih baik .
PDK Rumah Kaseh Putra Perdana adalah pusat pemulihan dalam komuniti yg memberi latihan kepada insan istimewa (oku) supaya dpt menjalani kehidupan kendiri. Buat masa sekarang terdapat lebih kurang 30 kanak-kanak OKU yang menjalani terapi disana dan jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa .
Disebabkan oleh jumlah pelatih OKU yang semakin bertambah , PDK Rumah Kaseh telah berpindah ke tempat baharu yang lebih luas dan selesa bagi kanak-kanak OKU menjalani latihan dan terapi. Dibawah ini adalah alamat baharu PDK Rumah Kaseh Putra Perdana:-
No. 2 , Jalan Putra Perdana 6/27 , Taman Putra Perdana , 47130 Puchong , Selangor .
Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun PDK Rumah Kaseh Putra Perdana
AM Islamic
2342022004671
Untuk maklumat lanjut bolehlah ke Facebook PDK Rumah Kaseh (KLIK)