USAHA dan TAKDIR .

"Perancangan manusia itu USAHA, penentuan Allah itu TAKDIR .
Setiap manusia dimuka bumi ini mestilah ada menyimpan cita-cita ataupun impian bukan? Manusia merancang untuk apa yang mahu kita lakukan bagi mencapai kejayaan pada masa hadapan . Tidak kiralah perkara kecil atau besar . Usaha itu penting . Tapi takdir itu ketentuan Allah . Allah menentukan sama ada usaha kita itu berhasil atau sebaliknya .
Kita ada impian . Impian untuk berjaya , impian untuk cemerlang dalam pelajaran , impian untuk berjaya dalam kehidupan , impian untuk hidup senang . Impian untuk menggembirakan hati semua orang yang kita sayang dan banyak lagi .
Apa guna impian kalau tiada usaha ? Angan-angan kosong . Tidak berguna, tidak membawa faedah . Berusahalah semampu yang boleh untuk mencapai impian kamu .
Tercapai atau tidak itu takdir Allah . Kita sebagai manusia perlulah berusaha semampu yang boleh . Jika masih gagal, mungkin itulah takdir buat kita . Kita hanya sekadar mampu merancang dan berusaha tetapi Allah yang akan menentukan segala-galanya .
Jangan kita sedih kerana ketentuan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancangkan . Janganlah kita berputus asa dengan apa yang berlaku sebaliknya terimalah ketentuan Allah dengan tenang dan redo' .
2 comments
Totally agree ❤
BalasPadamDoa.. Usaha.. Ikhlas.. Tawakal.. In sya Allah.
BalasPadam