Assalamualaikum,
Sapa dekat sini yang pandai memasak ? Angkat tangan
please hehe . Wah ramai, bagus-bagus . Tepukan untuk diri sendiri =) . Haa
tepuklah engkorang sensorang,sat lagi parent korang fikir korang gila . Dah lah
tadi tetiba angkat tangan,then tepuk tangan pulak . Memang kena daftar Hospital
Tanjung Rambutan awal-awallah ni sebelum penuh . hahaha .
Ok, maaf agak melencong . Sapa yang gila sebenarnya
sekarang ni Hanis pun tak tahu hoho .
Memasak . Hmm,bagi korang memasak ini penting ataupun
tidak bagi seorang perempuan? Yes or no ? Adakah menjadi satu kewajipan untuk
sesorang perempuan pandai memasak?
Bagi Hanis lah , tidak wajib pun perempuan ni pandai
memasak . Tetapi, ia merupakan satu bonus jika perempuan pandai memasak . Tak
percaya? Cuba korang tanya laki-laki ,dorang lebih suka perempuan yang reti
memasak or tidak reti? Of course lah yang reti ye dak wahai jejaka-jejaka
sekalian ? hahaha .
“Habis kalau saya memang tak reti masak macam mana?”
" Belajar sayang , belajar ."
Memasak ini bukanlah sesukar yang disangka . Simple je
cuma antara nak tak nak je . Bukannya kita mengharapkan awak tu masak setaraf
Chef Antarabangsa . Tetapi cukuplah untuk isi perut suami dan anak-anak awak
nanti =)
Hanis ni pun bukanlah pandai memasak sangat pun. Masih
dalam proses belajar =) . Cukup sekadar tahu asas dan mempunyai keinginan untuk
memasak itu pun sudah memadai . Jangan manjakan sangat tangan kita wahai
hakak-hakak sekalian,malulah setakat potong bawang, siang ikan pun tak reti…
Jujurlah Hanis mula belajar memasak pun after SPM
*tunduk muka malu . Memang agak lambatlah hehehe but belum terlambat guys .
Adik Hanis pun lagi pandai masak dari Hanis sebab dulu memang Hanis tak suka
memasak . Hanis macam “eii masak? Tak kuasa i” *tangan dibahu mata keatas .
Siap kata nak kawin dengan lelaki yang pandai masaklah hahaha itulah alasan
Hanis ketika zaman jahiliyah kahkahkah . Kesedaran itu datang bila asik kena
perli je tak pandai masak and jeles tengok kawan lelaki yang pandai masak .
Gila tak jeles? Rasa tercabar kot ! hahaha . Itu yang cuba tu . Cuba punya cuba
, Allhamdulillah bolehlah masak even tak pro . Sekian ,hahaha
So,kesimpulannya . Cubalah memasak walaupun tak reti .
Slow-slow dear, ada je masa don’t worry . Kalau sebelum kawin tak reti masak
apa salahnya belajar selepas kawin kan? Belajar je . Yang laki pun support lah
si bini tu jangan hang duk mengutuk bini hang senyap-senyap dekat laman sosial
yang isteri hang tu tak reti memasak ! Diam-diam sudaaa… Uish, jagalah aib si
isteri tu, isteri sapa jugak kann…hehehe
Ok,cukup sampai sini . Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa membaca entri ini =)