Kadang pernah terfikir , kalau lah dapat undur balik waktu Hanis pilih course Haji umrah bukannya course muamalat ini , kenapa lah Hanis tukar course padahal surat tawaran haji umrah dah dapat pun . Tetapi bila difikir-fikir balikkan, takdir hidup yang Allah tentukan untuk Hanis ini dah cukup indah dah . Cuba bayangkan Hanis undur waktu dan amik haji umrah? Mana nak jumpa roommates yang perfect macam sekarang ini bukan ? Ingat senang ke nak jumpa roommates yang sekepala macam ini? Roommates yang faham kita, tak buat hidup kita serabut, dorang sentiasa ada bersama Hanis even kadang-kadang Hanis buat sombong dengan orang luar sebab dorang terima Hanis seadanya . Diorang takde nak judge perangai Hanis and label macam-macam seperti sesetengah orang sekarang . Jujurlah, Hanis selesa dengan diorang . Senang kata tak payah fake ! Dekat asrama, Hanis just jadi diri sendiri dengan perangai sebenar yang hanya diorang bertiga je tahu . Macam mana annoying nyer hanis,ratu air mata nyer hehe nampak je kuat but hanya diorang yang tahu . Hidup Hanis rasa relax sangat tau menyanyi menari sesuka hati. Eh? hahaha #tetiba
Allhamdulillah , Allah sayangkan Hanis . Even dekat kelas Hanis bukan seorang yang menonjol tetapi Hanis selesa dengan keadaan ini . Hanis bahagia dengan life sekarang . Lagi seronok dari zaman sekolah kot! Oppss hahaha . Orang kutuk umpat tu benda biasalah Hanis malas nak amik peduli . Tak nak dah jadi fake senyap je macam dulu semata-mata nak nampak baik dimata manusia . Dan tak nak jadi lembut macam dulu sampai orang pijak kepala ! Hanis sekarang diam memang diam sebab malas nak sibuk hal orang . Tapi kalau cari pasal memang kena balas but Hanis cuba bersabar dulu selagi mampu . Kadang terlepas jugak sorry . Berubah demi kebaikan tidak salah bukan? Percayalah, kawan sekolah tak akan kenal Hanis di kolej dan kawan kolej tak akan pernah kenal Hanis disekolah . Macam orang yang berbeza . Manusia boleh berubah bukan?
Kesimpulannya , bersyukurlah dengan jalan kehidupan yang telah Allah tetapkan untuk kita . Kita bertemu bukan kerana kebetulan tetapi kerana perancangan Allah . Allah tentukan Hanis amik course muamalat ini juga mungkin bersebab . Maybe sebab Hanis memang boleh bawa course ini ataupun ada sesuatu sebab yang lain . Yang penting, jangan putus asa ! Mohon kuat semangat untuk belajar dan terus belajar . Insha Allah, aku boleh !!! Tolong doakan Hanis yee ~ Terima kasih =)
p/s : Jemput Join Segmen Blogwalking =)