Filem KIL


Filem KIL . Rasanya korang pernah tengok tak ? Best sangat ke filem KIL ni? Sampai menang anugerah skrin ? hmm,Hanis dulu masa filem ni keluar awal-awal dulu tak pulak rasa teruja nak tengok ,mungkin sebab trailer dia nampak macam bosan kot . kann? Tapi gara-gara filem ini memenangi anugerah skrin hari tu..terus datang perasaan teruja gila, nak tengok !

Semalam jugalah, Hanis terjumpa blog yang ada membuat entri pasal filem KIL ni siap boleh tonton online lagi ! so Hanis apalagi terus tengoklah ! hehehe . Tapi yang geramnya, tengah syok-syok tengok dan baru masuk part kelakar boleh pulak blackout dekat sini ! Segala peralatan yang menggunakan elektrik termasuklah komputer ni terpadam habis ! Memang sakit hatilah , baru tengok setengah jam...huhuhu. Nasib badan~

Jadi hari ini ingat nak tengoklah tapi tak sempat, dapat online kejap je nak pegi jalan-jalan =) . So...meh baca sinopsis filem ni dulu yee

Sinopsis

Akil (KIL) adalah seorang lelaki muda tertekan muda yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Tetapi, dia tidak pernah boleh membawa dirinya untuk membunuh diri. Cubaannya untuk membunuh diri sentiasa gagal sehingga dia menemui penyelesaian yang sempurna: agensi pembunuhan aneh yang membantu membunuh orang membunuh diri. KIL bersetuju dengan syarat-syarat syarikat itu. Pembunuhan akan dipelihara sebagai sulit. Dia tidak akan tahu maklumat tentang siapa pembunuh atau bila dia akan mati. Ini adalah ideal untuk KIL, sehingga dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara. Selepas itu, dia mula mempunyai fikiran yang was-was untuk mati.


Nak tengok ceriter ni? Korang pandai-pandailah cari untuk download ataupon tengok je dekat sini =)



Sambil-sambil tu,joinlah ---> NOVEL GIVEAWAY



0 comments