GAY ? Asal tetiba Hanis buat entri pasal gay ni ? Sebabnya...ada sorang budak ni tegur Hanis then tetiba mengaku gay . Cer tengok yang Hanis printscreen ni .
Ya Allah , masih wujud golongan sebegini . Tak ada rasa malu dan bersalah langsung! Hanis pelik, diorang ni tak takut dosa ke? Otak letak di mana? Diorang sudah lupa ke apa yang terjadi pada zaman Nabi Luth ?
Tak malunya dia tetiba menegur terus mengaku gay ! Terkejut Hanis! Mula-mula Hanis fikir dia saja je . Rupa-rupanya siap tulis "mestilah, sbb aku prnh buat dgn pakwe kau" . Ya Allah, teruknya, sapa dia ni? Dan...sejak bila pula Hanis ada pakwe? Hanis x pernah ada pakwe ! Bila Hanis tanya sape orang yang dikatakan "pakwe" Hanis tu , dia tak balas, dan setengah jam kemudian, dia deactivekan FB dia ! Itu lagi buat Hanis hairan . Lepas tanya sape "pakwe" tu dia deactivekan FB, padahal sebelum ni dia tulis status "saya suka kena liwat" dan banyak lagi status yang boleh dianggap teruk x ada dia nak tutup akaun pula? (Hanis buka profil dia sblm dia deactive)
Isk, ini ada yang tak kena ni . Hanis nak tahu sangat sebab apa dia bertindak macam tu . Kalau tak ada apa-apa x kan lah dia deactivekan FB dia? I really want to know the truth . Tapi macam mana kan? hmm
Buat sesiapa yang gay dan si dia dan "pakwe" yang mungkin membaca entri ini , Bertaubatlah sebelum terlambat . Tolonglah buangkan sifat gay tu dari diri anda . Jangan berterusan melakukan perbuatan x senonoh itu . Please, ingat Allah =) . Hanis bukan nak tunjuk pandai atau jadi ustazah tetapi Hanis hanya menegur .
Hai , apa khabar? Sihat semua? Pelajar sekolah tentu ada yang sudah mula cuti bukan? Terutamanya budak form 4,macam Hanis ...sebab form 5 SPM . Jadi inilah nasib kitaorang terpaksa terperap dalam rumah sampai tahun depan . Haish! Usah dikatalah tahap kebosanannya . Baru dua hari cuti Hanis dah rasa bosan nak giler ! Nak keluar, nak jalan-jalan , nak balik kampung, nak mandi pantai , nak shopping, nak aiskrim nak....membebel x henti-henti ! hehe
Disebabkan cuti terlalu lama, jadi Hanis dengan kawan-kawan bercadang nak kerja sambilan . Sekarang tengah serabut cari kerjalah ni . Pegi sana, pegi sini . Buat masa sekarang kitaorang dah isi dua borang pemohonan kerja . Terer x? LOL, dua je kot,itu pon nak kecoh . La ni la Hanis nak citer dekat mana Hanis dengan kawan-kawan cari kerja, hehe . Scroll bawah lagi .
Semalam, misi pencarian kami bermula . Kitaorang pergi ke kedai buku yang katanya memerlukan 2-3 orang . Kitaorangkan bertiga jadi rasa exited lah . Boleh keja sesama . Sampai-sampai dekat kedai buku tu isteri dia macam terkejut bila kitaorang kata nak keja situ . "Eh, bila masa nak tiga orang?" macam marah sahaja gayanya . Kecut kitaorang . Selepas itu dia panggil si suaminya" Abang kenapa cakap 3 orang?" Si suaminya pon datanglah , "Eh, saya nak 1-2 orang je " Hei pakcik sorang ni, lain kali cakaplah dengan jelas. Haritu cakap 2-3 orang ! Sabar saje lah . Kalau maksudkan 2 cakap saja lah nak dua orang! X yah la dua tiga orang . hmm...alih-alih kitaorang isi borang dan pegi dari kedai tu . Dari caranya Hanis rasa dia nak sorang je kot ? Entah dapat ke tak, tapi rasa macam x dapat jadi kitaorang pegi ke destinasi seterusnya ...
Jeng...jeng..jeng...
Kitaorang pergi ke KFC ! haha . Macam best je, harap dapat =) . Kalau x dapat kena cari tempat lain pula . Gaji RM700++ tuuu... Banyaklah kiranya bagi budak 16 tahun kann? Kalau dapat keja tu RM100 nak guna selebihnya masuk bank untuk sambung belajar nanti ...Yang ni rasa tenang je sebab pekerja kat KFC nampak peramah je . Ada juga sorang budak lelaki baru masuk mula kerja . Yang dah biasa duk mengajar dia macam-macam . Tapi risau juga kalau x reti buat keja nanti . InsyaAllah boleh ! Yakin Hanis ! YAKIN!
Itu je la buat masa ni , ingat nak cuba dekat Tesco tapi mak Hanis ada hal pula...kitaorang terus balik . Kalau tak dapat nanti nak cari tempat lain pulak . But, korang doakanlah Hanis dapat dekat KFC tuuu . =3