Assalamualaikum,
Haa inilah antara masker muka yang Hanis pernah ada. Hanis ni bolehlah juga dikatakan sebagai seorang yang gila mask ! Hampir tiap hari nak pakai sampai terpaksa tahan diri sendiri. Macam-macam jenis Hanis sudah pernah cuba tapi ini yang terbaru. Daripada gambar diatas Hanis rasa korang sudah boleh agak dah jenis masker muka yang mana Hanis suka pakai ye dak? Sudah semestinya "sheet-mask" ! Kenapa? Sebab Hanis suka cara pemakaiannya yang simple hanya tepek dekat muka tanpa perlu nak ratakan bagai plus ianya sejuk je,jadi rasa ala-ala spa gituu...hahaha
Siapa disini yang juga suka pakai mask muka macam Hanis? Bolehlah tinggalkan komen dibawah kot-kot ada nak bagi cadangan mask muka yang bagus ke... manalah tau boleh Hanis cuba nanti hehehe.
Apa fungsi masker muka ini?
Untuk pengetahuan korang, mask muka ini sebenarnya berfungsi untuk membuang sel kulit mati di lapisan atas kulit dan membersihkan pori serta mask muka juga mampu menyerap ke dalam lapisan kulit dengan lebih dalam berbanding krim biasa yang korang guna hari-hari tuu...
Salah satu sebab Hanis sangat suka pakai mask muka kerana bila bangun je pagi muka akan rasa lembut dan licin je tau. Paling syoknya kalau pakai mask ni lepas "burn". Muka Hanis ni lebih kepada keadaan muka berminyak, tetapi kalau Hanis "burn" sebab matahari muka Hanis akan mengelupas teruk sebab kulit kering terutamanya di bahagian hidung. So penyelesaiannya adalah dengan memakai mask muka. Bangun pagi esok tengok kulit kering Hanis semakin pulih dan sudah kembali lembab semula...Happy gila ualls hehehe cuma burn gelap je degil lambat nak hilang huhuhu
Jenis-jenis mask muka :-
Mask muka ini sebenarnya ada banyak jenis tau! Antaranya ialah jenis "clay mask", "peel off mask", "sleeping mask", dan "sheet mask" yang macam Hanis suka pakai ni. Kalau "clay mask" kena cuci, "peel off mask" pula kopek sahaja, manakala bagi jenis "sleeping mask" dan "sheet mask" kebiasaanya Hanis pakai je sampai tertido sampai "sheet mask" tu hilang entah kemana masa tidur HAHAHA.
Kebaikan mask muka :-
Tidak kira jenis mask muka yang mana satu, kesemua mask muka mempunyai khasiat tersendiri. Antara kebaikan mask muka adalah memberikan kelembapan berpanjangan, menghilangkan garis halus dan kedutan dengan penggunaan yang konsisten, menenangkan sebab terasa ala-ala spa, mudah dibawa kemana-mana dan banyak lagi.
Jenis khasiat khas mask muka pun banyak tau! Ada untuk anti-penuaan, menghilangkan kulit kusam, melembabkan dengan maksimum, mencerahkan malahan ada mask khas untuk menghilangkan "eyebag" bawah mata lagi hahaha Hanis rasa Hanis kena cuba mask untuk "eyebag" ni sebab sembab bawah mata ni dah tak boleh bawa bincang uhuks.
Seberapa kerap untuk kita pakai mask?
Kekerapan pemakaian mask muka bergantung pada jenis kulit seseorang. Untuk kulit normal 2-3 kali seminggu. Untuk kulit berminyak 3-5 kali seminggu, manakala untuk kulit kering 1-2 kali seminggu. Hanis ni kulit berminyak tapi melampaulah pula pakai setiap hari sampai kena tegur dengan kawan! hahaha
Untuk masa sekarang Hanis tengah usha-usha satu mask muka ni. Jenis "sleeping mask". Rasanya ramai yang pernah dengar bukan mengenaikan "Laneige Water Sleeping Mask" bukan? Agak-agak okay tak? Harap okaylah nak beli yang trial pack punya dulu ehehe...