Hai , apa khabar semua? Hari ini Hanis nak share resepi aiskrim . Asal tetiba ni? Sejak bila pula Hanis main share2 resepi ni? hahaha , Sebenarnya, ni semua untuk projek ICT . Tapi dah alang-alang Hanis pon penggemar aiskrim , apa salahnya share-share kan?
Bahan-bahan yang kira perlukan ialah :
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat (suku je pon boleh, ikut manis masing-masing.)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu besar Ovalett (cari yang HALAL ok!)
- perasa apa-apa yang korang suka !
1) Masukkan susu cair, susu pekat , esen vanilla, ovallet semua tuu...
2) Pukul sehingga kembang . Sampai tekstur jadi pekat ala-ala krim gitu.
3)Selepas adunan kelihatan pekat dan kembang, masukkan adunan ke dalam bekas.
4) Letak adunan ini tadi ke dalam peti sejuk. Biarkan selama 1 jam.
5) Selepas 1 jam berlalu, keluarkan balik adunan aiskrim tu dan masukkan Chocolate Chip*bergantung pada korang . Gaulkan.
6) Masukkan semula adunan tersebut ke dalam peti sejuk. Biarkan dalam masa 1 hari.
dan hasilnya!
JENG
.
.
.
JENG
.
.
.
JENG!
SIAP !
sekian
sekian
p/s : sumber dari internet dan gambar Hanis curi dari sini sebab hari tu buat tak sempat tangkap gambar, teruja sangat! hahaha .