Internship Degree di Cyberjaya

Assalamualaikum, 


Macam tidak percaya dah habis degree. Rasa macam baru je sambung belajar di KUPTM KL tempoh hari. Datang kolej masuk kelas, kemudian pertengahan sem terpaksa menjalani kelas online disebabkan oleh covid... Dan tiba-tiba sudah intern. 

Hanis mula intern awal bulan Julai 2021. Hanis apply banyak tempat kebanyakkannya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Boleh dikatakan lebih 10 syarikat Hanis apply haha. Dapat tawaran dari 3 tempat dan pilih yang disini: Cyberjaya, Selangor. 


Plan asal nak praktikal dekat KL je sebab fikir nak sambung menyewa dekat rumah sewa kat Shamelin Star tu, tapi last minit apply internship dekat Cyberjaya... Dan dapat panggilan pulak hehe

Mula-mula interview melalui panggilan telefon, kemudian ada second interview melalui Zoom meeting. Dengan 3 orang tau. Dia punya cuak tak payah cakaplah. Nak intern pun ada interview wehh hahaha. Tapi Allhamdulillah orang kata memang rezeki Hanis kot sebab lepas interview itu. Maka bermulalah internship degree Hanis pada 5 Julai 2021.

Hanis tidak tahu kenapa Hanis dan kawan lelaki berpisah tiada. Kenapa asik tambah kawan lelaki je kenapa. hahaha. Masuk-masuk ofis tu, pandang sekeliling. Hanis nampak lelaki sahaja. 6 orang lelaki. Tak ada perempuan langsung dalam ofis itu haha. Biasalah first day kan, senyap je senyum je (padahal tak buka mask). Hari pertama sudah kena join meeting, tapi of courselah diam membisu sampai bosses tak perasan pun Hanis dah join meeting tu hahaha. Then bila sudah rasa selesa sikit barulah start bertanya-tanya dekat staff dalam ofis tu, "Tak ada perempuan ke?" Dan ye jawapannya. Pishang sebentar. Dekat kolej dulu pun ramai geng lelaki. Tidak kusangka praktikal pun senasib haha redolah saya. Hanis dapat call dari HR (outsources dari luar) dia call tanya Hanis ok tak sebab sorang perempuan, lepas tu boss yang perempuan pun call sebab risau ke Hanis, siap pesan jangan rapat sangat dengan dorang (lelaki-lelaki tu). Aloo terharu ada orang care pasal kita 💗


Semua berjalan lancar, staff dekat situ pun semua layan Hanis dengan sangat baik. Cuma macam biasa pergi makan sorang pergi tandas sorang pergi solat sorang memang buat hal sendiri sorang-sorang haha mujur sudah terbiasa. Sebab sudah terbiasa tulah juga Hanis cepat masuk dengan dorang. Dalam seminggu sahaja Hanis dah kurang rasa janggal dengan diorang. Dan Hanis dapat tahu yang diorang sempat kemas office sebelum Hanis masuk sebab Hanis first girl yang masuk setelah sekian lama tiada perempuan dalam office itu 😆 Diorang kata "Dulu ofis tak macam ni tau, sebab you nak masuk kitaorang gotong-royong" ahaha gigih 😂

Tapi seminggu selepas itu ada staff baru masuk, perempuan. Allhamdulillah adalah geng sejantina hehe. Kitaorang panggil Kak Nurul. Dalam ofis tu semua muda-muda sebenarnya. Umur dari 21 sampai paling tua 30 tahun. Kak Nurul masuk automatik dia jadi mak sebab umur dia 30+ tahun dan sudah ada anak. Yang lain dalam ofis itu masih bujang dan yang dah kawin umur 30 tu pun masih belum ada anak. So memang, kak nurul tempat semua orang mengadu. Lagilah Hanis kan 😝 "Akak, dia buli Hanis..." , "Akak, tengok dia buat apa" hahaha pening Kak Nurul hahaha. 


Jadi bermulalah perjalanan Hanis sebagai pelajar intern selama 14 minggu. Hanis punya jobscope ialah buat copywriting untuk sosial media posting, jawab segala DM dekat facebook, buat ayat untuk messange blast, ws blast, emel blast dan seumpamanya. Well i'm blogger kan hahaha memang dah stated waktu apply Hanis boleh menulis dan buat ayat so gituw ler ahaha. Hanis juga handle customer service Whatsapps dan masalah teknikal kecik-kecik. Boleh dikatanya banyak benda Hanis belajar masa intern ni. Sesetengah orang bila praktikal dapat kerja yang kurang bersangkutan dengan kerja betul-betul kan, tapi Hanis dapat tempat yang sangat okay. Banyak expose and new knowledge Hanis dapat dan banyak benda yang Hanis tidak pernah tahu sebelum ni Hanis tahu. Best 👍👍👍 Hanis pun sempat buat live Facebook tauuu, my introvert side shaking ☺ But its good experience doo 👀



Yang kurang bestnya bila Hanis kena say bye-bye dekat beberapa orang. Dua orang keluar masa itu sebab sudah habis intern. Hanis masuk masa ada dorang ada lepas tu pertengahan Hanis intern dorang keluar dan lepas dorang keluar ada 3 orang intern lagi masuk. Dua orang keluar ni kitaorang adalah buat makan-makan sikit. Borak-borak, sedih sebab sempat kenal sekejap je kan. Sorang keluar bulan 8, sorang lagi keluar bulan 9.



Tapi normal lah, kenal kemudian berpisah itu biasa. Hanis dah siap follow member dekat Instagram sebab taknak lost contact hehe. Ada rezeki boleh jumpa dekat luar nanti kan. Its good to know them walaupun sekejap. 



So gais, I'm DONE with my internship! And officially habis my degree journey, Allhamdulillah ❤

Sampai sini sahajalah entri Hanis kalini, terima kasih yang sudi membaca. Kalau ada pengalaman semasa praktikal boleh kongsikan diruangan komen dibawah ya =)








0 comments