KPP Test- Tips LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer
Assalamualaikum,
Pertama, Hanis nak ucapkan tahniah kepada mereka yang sudah mempunyai lesen memandu kereta dan menunggang motor yang sah. Bagi mereka yang masih belum mempunyai lesen memandu dan menunggang atau sedang mengambil kelas lesen diharapkan entri ini dapat membantu korang sedikit sebanyak untuk LULUS dalam Ujian Undang-Undang Berkomputer-KPP Test atau lebih dikenali sebagai "Test Komputer".
Apa itu Ujian Undang-Undang Berkomputer?
Ujian Undang-Undang Berkomputer adalah ujian yang diwajibkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kepada orang awam sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan lesen memandu dan menunggang.
Bagi yang mengambil lesen untuk kereta atau motosikal sahaja, terdapat 50 soalan dan markah untuk lulus adalah 42/50. Manakala bagi yang mengambil kedua-dua jenis lesen ini sekali, terdapat 70 soalan dan markah untuk lulus adalah 59/70.
Sebelum memulakan Ujian Undang-Undang Berkomputer yang sebenar, korang perlu menduduki Ujian Buta Warna. Ujian Buta Warna ini akan menentukan sama ada korang LAYAK/TIDAK LAYAK untuk membuat lesen memandu.
Bagi yang BETUL kesemua soalan Ujian Buta Warna ini bermakna anda LAYAK untuk menduduki Ujian Berkomputer namun bagi yang statusnya TIDAK LAYAK jangan risau, jika korang betul-betul mahu mendapatkan lesen memandu korang perlu pergi ke Hospital untuk mendapatkan pelepasan dan kebenaran untuk mengambil lesen memandu.
Sebelum layak untuk menduduki Ujian Berkomputer ini, orang awam perlu menghadiri Kursus KPP01 untuk setiap jenis kelas lesen.
Contohnya, Hanis mengambil lesen untuk B2 bagi motosikal dan D bagi kereta. Jadi Hanis perlu menghadiri 2 kelas KPP01 yang masing-masing memakan masa 6 jam untuk satu kelas.
Selepas selesai menghadiri kursus tersebut, korang perlu menunggu panggilan untuk menduduki Ujian Undang-Undang Berkomputer. Sementara itu korang bolehlah baca buku Kurikulum Pendidikan Pemandu yang sekarang ini diwajibkan oleh setiap individu untuk memiliki buku sendiri kerana di belakang buku itu terdapat nombor siri masing-masing yang akan digunakan ketika menduduki Test Komputer nanti. Takde dah kongsi-kongsi buku ni...
Apa? Buku tebal sangat? Tengok pun tak lalu nak baca... Sapa macam ni angkat tangan! Haa ni lah nak bagitahu. Kalaulah korang ni memang jenis SUSAH sangat nak baca buku sebab tak sanggup, Hanis ada 2 inisetif untuk korang. Zaman sudah modenlah, tidak semestinya tak baca buku tak boleh LULUS Test Komputer tu. Buku tu cukuplah kita dah hadap 6 jam masa KPP01, guna cara lainlah untuk buat ulangkaji takdelah bosan sangat kan? hehehe
Inisetif pertama. Korang bolehlah buka website ini (KLIK) untuk membuat latihan secara online. Ada latihan buta warna, Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan simulasi Ujian.
Inisetif kedua. Buka telefon pintar korang yang canggih itu, buka PlayStore dan cari "Ujian KPP- Lesen L" kemudian install. Hanis guna cara inilah untuk buat latihan sebelum menduduki Ujian Komputer tempoh hari. Jimat masa,jimat tenaga tak payah buka google pun cuma makan space sikitlah. Ala apa susah, dah lulus uninstall lah balik huhuhu. Jangan kedekut kalau nak lulus gaiss hahaha.
Emm, tu sahaja kot perkongsian Hanis harini. Takkanlah korang nak Hanis bagi soalan bocor pulakkan... Lagipun soalan bocor tu memang takde kot, sebab diorang dah sediakan banyak set tau untuk kita. Takde can nak meniru pun kalau korang jenguk orang sebelah sebab soalan lain-lain. Tak susah sebenarnya nak LULUS Ujian Undang-Undang Berkomputer ni kalau korang baca buku. Paling malas pun boleh LULUS kalau buat latihan guna 2 cara yang Hanis bagi seperti diatas.
Goodluck semua !
70 comments
Salam singgah sini....Akak dulu 2 minggu lepas ambil KKP01 terus ambil kelas komputer...Alhamdulillah lulus 49/50...hihi
BalasPadamTapi paling takut hari tu belajar masa time kat bukit...takut mundur ke belakang...hihi
Wsalam terima kasih sebab sudi singgah akak. Allhamdulillah lulus mesti sekarang dah dapat lesen. Hanis tengah belajar lagi ni tak tahu nasib macam mana hahaha doa untuk Hanis agar dipermudahkan semuanya =)
Padamwow, mmg susah ujian berkomputer ni
BalasPadamyang penting kena rajin buat latihan =)
PadamSudaa nih kali ke 2 nihh😐
PadamCheers to sharing the tips on this- certainly very helpful to those who would want to take the test :)
BalasPadamI hope like that too
PadamI do know how the learning days are. They can be really hard too!
BalasPadamYup sometimes its can be really hard
Padamoh wow, time i ambil test undang, xde pulak sistem komputer. :) good sharing
BalasPadamsekarang pakai komputer je, tq =)
PadamWow I'm sure these tips will be helpful to some people. My own test was so long ago. I know, I'm disclosing my age already. LOL
BalasPadamLOL hahaha . I hope like that too.
PadamHaha this reminded me of my days when I failed my test and the need to take it again hopefully the tips will be helpful for those who are taking it.
BalasPadamhaha it's okey . I also hope this tips can helpful =)
PadamWish I had this tips before I took the test! It's really beneficial for newbies taking the test! Thankfully I passed without paying any extra fee lolx... I know a few had to retake until they end up have to pay extra just to pass
BalasPadamYup its true. haha i hope this post can help many people...
PadamNow the undang-undang look different from our time. My time is sit in the class and been given objective paper, then on the road drive, side parking, Up to the hill.
BalasPadamOhh nowday its used computer to save time and paper maybe hahaha
PadamSounds good and helpful. Thanks for sharing.
BalasPadamWelcome =)
Padamdulu memang hafal buku tu kaw2 hahaha.. tapi lagi sikit memang nak skor penuh tapi apakah daya.. lulus ujian memandu last2 kad memandu jadi frame dalam beg dompet, hehe
BalasPadamWahh semangat dia hafal buku hahaha hanis tak rajin macamtu... jadi frame? hahaha
PadamI remember about this exam! Thanks for the tips, for those who are going to take this exam in the future =)
BalasPadamwelcome =)
Padamhaha welcome =)
BalasPadamOhmy I remember this exam! Thanks for the tips!
BalasPadamsaya masih ingat zaman saya ambil kertas undang-undang... mana ada versi komputer kan? haha....
BalasPadamIt looks a bit different than my time. Reading the book is really boring.
BalasPadamTak pernah pakai ujian berkomputer.. Dulu pakai bertulis, walaupun xde la bertulis mana... Sonang je soalannya.
BalasPadamUjian komputer ni memang susah.. kalau tak belajar. Yang penting ulang kaji 2 3 kali.
BalasPadamDan tenang.. pasti boleh lulus :)
Kpp test ni selalu ramai yang fail..
BalasPadamzaman teknologi guna komputer...zaman dahulu walaupun takde komputer..jarang kes 'keganasan' di jalan raya hehe..mungkin sbb kereta makin canggih hehe
BalasPadamzaman akk dulu tak ada macam ni. banyak perubahan yang ada sekarang
BalasPadamIngat lagi lepas SPM dulu ambil test ni. Alhamdullilah lepas terus sekali test. Tak de lah susah sangat asalkan baca kan
BalasPadamDah 10 tahun kot masa ambil ujina ni masa tu memang cukup2 jer lulus heheheh tapi tips mudah jer dari saya kena baca betul2 soalan tu dengan teliti...
BalasPadamIka masa 4 thun lps . Sekali lulus sbb hari2 duk study.gigih betul study sbb x nk bayar lagi hehe
BalasPadamNasib baiklah lepas habis belajar terus ambil lesen. Masa kat bukit tu failed. Buat sekali lagi nasib baik lepas. Yanh penting jgn nervous. Lawak bila ingt semula masa bawa moto untuk ujuan kalan raya. Tak larat nak buat double stand! Hehe
BalasPadamLebih 10 tahun dqh ambil lesen ni, dulu takda berkomputer lagu rasanya
BalasPadamHai saya nk tanya , saya dah 3 minggu pergi ceramah kpp 01 , tapi tak ambil lagi ujian komputer , adakah duit pendaftaran saya sebelum ini akan hangus ?
BalasPadamLimit 1thun
PadamRisau ni.. Minggu depan dah kna g test komputer.. Takut gagal..
BalasPadamRisau ni.. Minggu depan dah kna g test komputer.. Takut gagal..
BalasPadamNice advice .. tq :)
BalasPadamAlhamdulillah , Baru Tadi Lulus Ujian Komputer , Ambik Sekali Je Dah Lulus 43/50 . Adalah Juga Buka Apps Yang Sis Recommended Kan Tu . Modal Kalau Nak Senang Hafal Simbol Lepas Tu Jawab Soalan Ikut Logik .
BalasPadamNk komputer tesk
BalasPadamHy akk nk tanya, klau dh dgr ceramh ni kan. .Kne tggu 3 hari ke atau tggu dorg call? Nk buat test computer tu kk tmpt lain ke atau kk tmpt yg kita dgr ceramh tu jugak ??Sbb saya baru je nk amik ..
BalasPadamHy akk nk tanya, klau dh dgr ceramh ni kan. .Kne tggu 3 hari ke atau tggu dorg call? Nk buat test computer tu kk tmpt lain ke atau kk tmpt yg kita dgr ceramh tu jugak ??Sbb saya baru je nk amik ..
BalasPadamRisau ni.. Minggu depan dah kna g test komputer takut gagal
BalasPadamMasalah bagi saya. Hendak mengendalikan komputer itu x pernah pegang
BalasPadam2 tes kompeter tk lulus mcm mne
BalasPadamRibuan terima kasih. Sy mmg perlukan sgt tips begini dlm keadaan dilema mcm skrg ni😂😂😂
BalasPadamDah dua kali ambek test komputer masi gagal
BalasPadamDah dua kali ambek ujian komputer tapi masi gagal
BalasPadamKalau35% gagal ke lulus
BalasPadamgagal.
Padamsaya masuk ni dah 3 kali gagal
BalasPadamJust nak share if anybody nak amik exam ni you guys please don't so overconfident can do this without read it cause i failed it once before 41/50 is my marks yeapp for lulus just need 42 and this is what life teach me😉
BalasPadamAmbik dua kali pun gagal jugak
BalasPadamAku nk masuk tiga Ni gagal lagi
BalasPadamOMG why this thing so hard
Nak gi ujian komputer bawak 2keping gambar passport background putih atau biru??? Plss reply
BalasPadamsalam akak mcm nak lulus ujian komputer..sye dh dua kali gagal ,sye takut kali ketiga gagal lagi...
BalasPadamSy dh 5 kli gagal ujian komp cne nk Lulu's rasa give up pun Ada gak ni
BalasPadamSama dgn saya
PadamSama la..saya nak masok kali ke 4...rasa malas plk... saya first dpt 31/41/40
PadamAlhamdullilah, membantu sangat. Sebelum ni fail tapi lepas guna apps tu dapat pass 50/50
BalasPadamWah tahniah.. Saya minggu depan baru nak cuba ujian computer. Guna app banyak betul.. But taktau ujian sebenar lagi🤣 risau wo
PadamAllhamdulillah =)
PadamSoalan dia mmng ada dlm app tu or lari time ujian btul btul
BalasPadamTak sebijik tapi kebanyakannya related dan lebih kurang
Padam