Sabtu, 29 Julai 2017

Ohh Praktikal

Assalamualaikum,


Hai semua, rasanya sudah lama Hanis tidak menulis apa-apa di blog ini. Maaf sebab agak sibuk dengan latihan industri disamping tiada idea untuk menulis sob sob sob. Pejam celik pejam celik sudah lebih kurang 3 bulan Hanis menjalani praktikal ini. Kiranya praktikal Hanis berbaki 1 bulan sahaja lagi. 

Sekejap betul masa berlalu kan hmm lepas ini nak kena buat LaLi (Laporan Akhir Latihan Industri) lepas itu kena bentang pula depan Pensyarah Penyelia adoi takut pula saya hahaha. Dengar khabarnya pensyarah pun ada nak datang melawat tempat praktikal. Adoi takutnya Hanis. Doakan semuanya berjalan lancar dan Hanis mendapat komen yang positif ye hehehe.

Sepanjang 3 bulan Hanis praktikal ni kan so far semuanya berjalan lancar takde masalah besar sangat. Kena marah tu benda biasalah tapi buat masa sekarang takdelah nak touching sangat sampai ambik hati bagai hahaha. So far so good. Kerja Hanis kebanyakkannya indoor je sebab outdoor bebudak Haji Umrah 4 orang tu dah memonopoli so saya duduk office jelah u alls hahaha. 

Dengar khabar bebudak Haji Umrah tu nak sambung kerja dekat ofis ni. Hanis? Hanis decide untuk tidak sambung kerja ofis tapi...Hanis apply kerja kedai Muslim Shop under owner yang sama hehehe. Why? Sebab Hanis taknak terikat dengan komitmen yang tinggi kalau Hanis kena jaga akaun dekat company tu...Hanis terpaksa tolak sebab banyak benda Hanis nak kena settelkan. Nanti tak ter jalan kerja Hanis sebab Hanis ni jenis loading juga kadang-kadang ahaha. Gaiss, kita jumpa kalau korang turun kedai je lah yea hihihi.

Yang tak sambung tu...hmm...Hanis akan rindu kamu. Takpelah, Hanis doakan kamu berjaya walau dimana kamu pergi. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan Hanis. Terima kasih sebab banyak membantu serta meneman. Terima kasih sebab selalu caring pasal Hanis. Walaupun teruk Hanis kena bahan tapi itulah yang kadang-kadang buat Hanis ketawa. Perit jugalah bila kena bahan dengan mereka berempat. Bila ditanya kenapa suka usik Hanis? Akan dijawab "Dah Hanis sorang perempuan" K fine hahaha sis terpaksa redo...

Terima Kasih semua. Lepas habis praktikal ni, tiada lagi si Taufiq yang suka mengusik Hanis sebab Hanis pelat "r", tegur pertambahan jerawat dekat muka Hanis dan suruh Hanis pakai purdah. Tiada lagi si Faiz yang suka cakap "tengok Hanis ni tetiba rasa nak kentut", bila kerja tak jadi akan berkata "semua ini salah Hanis". Tiada lagi si Arif yang suka menyanyi lagu kulup,despasito ketuk ketuk,menari tahpape dan merapu ikut suka hati dia. Tiada lagi Izwan yang err apa ye haa bagi choki-choki sebab Hanis tolong buat kerja dia (rasuah ke upah ni ahaha) dan bagi roti percuma sebab TERlebih beli katanya. Will miss you gais weh huhuhu

Selamat tinggal semuaa...ceh macam pergi jauh je nis hahaha. Goodluck untuk praktikal yang berbaki 1 bulan lagi and goodluck juga untuk kerja nanti =)



6 ulasan:

  1. praktikal best sbb tak payah fikir study asignment, final test bagai

    BalasPadam
  2. rileks jak hanis bila pensyarah nak datang lawat hanis....banyak kan kenangan kita masa kita belajar tu...bila dah nak berpisah nih rasa sedih pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pensyarah tak jadi datang pula sebab sibuk hahaha. Sedih jugalah lepas ni nak pergi dah tempat belajar...

      Padam
  3. semoga apa jua yang hanis pilih .. dipermudahkan dan hanis happy dengannya.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaaAllah =) terima kasih doakan Hanis...

      Padam

Follow Us @hanismasturina