Cabaran 7 Hari Blogging 6
Assalamualaikum,
#6 : Kenangan Manis
MasyaAllah , Cabaran 7 Hari Blogging sudah menjadi cabaran 3 minggu bagi Hanis disebabkan kesibukan tahap maksimum . Maaf semua , bukan niat daku untuk melupakan cabaran ini tetapi apakan daya assignment memanggil . Dan Hanis disini yang sedang menaip ini baru sahaja menghabiskan kuliah terakhir pada hari jumaat baru-baru ini ! Kiranya sekarang ini sedang study week lah hehe Allhamdulillah dapat juga sambung cabaran 7 Hari Blogging ini =)
Kenangan manis? Hmm, sebenarnya banyak sangat kenangan manis yang berlaku pada tahun 2016 . Tetapi Hanis pilih kenangan manis ini untuk diabdikan di dalam blog Hanis kerana ia berlaku pada penghujung tahun 2016 iaitu 30/12/16 hari jumaat yang juga merupakan hari jadi umi kesayangan Hanis .
Apa kenangan manis itu ? Ianya adalah Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Institut Profesional Baitulmal =) . Majlis ini diadakan untuk meraikan para pelajar yang mendapat Anugerah Dekan (AD) pada semester lepas .
Walaupun mendapatkan Anugerah Dekan bukanlah tujuan utama kita belajar, namun sebenarnya anugerah ini menjadi satu penggalak untuk kita terus berusaha dalam pelajaran kita . Hanis gembira sangat apabila mendapat Anugerah Dekan ini . Selain untuk disimpan sebagai penggalak kepada Hanis, ianya juga merupakan hadiah hari jadi kepada birthday umi yang jatuh pada hari itu juga =) .
Buat masa ini semester 4 sahajalah yang dapat sijil tu haha semester 2 dan 3 dulu tidak ada pula buat Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang hahaha . Tidak mengapalah , dapat merasa satu kali naik pentas pun jadilah kan? hehehe
Semester 5 ini Hanis tidak rasa Hanis boleh dapat Anugerah Dekan (AD) lagi . Sebab subjek sem ini agak mencabar huhu . Subjek Law dan Takaful agak susah bagi Hanis . Namun, Hanis akan cuba yang terbaik. Semester 6 akan datang Hanis akan cuba untuk dapatkan Anugerah Dekan (AD) semula hihihi kena usaha kuat ni sebab sem 5 ini sudah jatuh CHAIYOKK !!!
Terima kasih kepada yang sudi membaca . Hanis nak minta tolong semua doakan Hanis agar dapat menjawab Final Exam Sem 5 yang bermula pada 16 Januari 2017 sehingga 24 Januari 2017 . Tq guys =)
Sekian,
3 comments
Alhamudlillah,semoga terus berjaya hanis :)
BalasPadamInshaAllah...Terima kasih =)
Padamnice
BalasPadam