Kelebihan memakai mask muka

Assalamualaikum,


Haa inilah antara masker muka yang Hanis pernah ada. Hanis ni bolehlah juga dikatakan sebagai seorang yang gila mask ! Hampir tiap hari nak pakai sampai terpaksa tahan diri sendiri. Macam-macam jenis Hanis sudah pernah cuba tapi ini yang terbaru. Daripada gambar diatas Hanis rasa korang sudah boleh agak dah jenis masker muka yang mana Hanis suka pakai ye dak? Sudah semestinya "sheet-mask" ! Kenapa? Sebab Hanis suka cara pemakaiannya yang simple hanya tepek dekat muka tanpa perlu nak ratakan bagai plus ianya sejuk je,jadi rasa ala-ala spa gituu...hahaha


Siapa disini yang juga suka pakai mask muka macam Hanis? Bolehlah tinggalkan komen dibawah kot-kot ada nak bagi cadangan mask muka yang bagus ke... manalah tau boleh Hanis cuba nanti hehehe.

Apa fungsi masker muka ini? 

Untuk pengetahuan korang, mask muka ini sebenarnya berfungsi untuk membuang sel kulit mati di lapisan atas kulit dan membersihkan pori serta mask muka juga mampu menyerap ke dalam lapisan kulit dengan lebih dalam berbanding krim biasa yang korang guna hari-hari tuu... 

Salah satu sebab Hanis sangat suka pakai mask muka kerana bila bangun je pagi muka akan rasa lembut dan licin je tau. Paling syoknya kalau pakai mask ni lepas "burn". Muka Hanis ni lebih kepada keadaan muka berminyak, tetapi kalau Hanis "burn" sebab matahari muka Hanis akan mengelupas teruk sebab kulit kering terutamanya di bahagian hidung. So penyelesaiannya adalah dengan memakai mask muka. Bangun pagi esok tengok kulit kering Hanis semakin pulih dan sudah kembali lembab semula...Happy gila ualls hehehe cuma burn gelap je degil lambat nak hilang huhuhu

Jenis-jenis mask muka :-

Mask muka ini sebenarnya ada banyak jenis tau! Antaranya ialah jenis "clay mask", "peel off mask", "sleeping mask", dan "sheet mask" yang macam Hanis suka pakai ni. Kalau "clay mask" kena cuci, "peel off mask" pula kopek sahaja, manakala bagi jenis "sleeping mask" dan "sheet mask" kebiasaanya Hanis pakai je sampai tertido sampai "sheet mask" tu hilang entah kemana masa tidur HAHAHA. 



Kebaikan mask muka :-

Tidak kira jenis mask muka yang mana satu, kesemua mask muka mempunyai khasiat tersendiri. Antara kebaikan mask muka adalah memberikan kelembapan berpanjangan, menghilangkan garis halus dan kedutan dengan penggunaan yang konsisten, menenangkan sebab terasa ala-ala spa, mudah dibawa kemana-mana dan banyak lagi.

Jenis khasiat khas mask muka pun banyak tau! Ada untuk anti-penuaan, menghilangkan kulit kusam, melembabkan dengan maksimum, mencerahkan malahan ada mask khas untuk menghilangkan "eyebag" bawah mata lagi hahaha Hanis rasa Hanis kena cuba mask untuk "eyebag" ni sebab sembab bawah mata ni dah tak boleh bawa bincang uhuks. 

Seberapa kerap untuk kita pakai mask?

Kekerapan pemakaian mask muka bergantung pada jenis kulit seseorang. Untuk kulit normal 2-3 kali seminggu. Untuk kulit berminyak 3-5 kali seminggu, manakala untuk kulit kering 1-2 kali seminggu. Hanis ni kulit berminyak tapi melampaulah pula pakai setiap hari sampai kena tegur dengan kawan! hahaha

Untuk masa sekarang Hanis tengah usha-usha satu mask muka ni. Jenis "sleeping mask". Rasanya ramai yang pernah dengar bukan mengenaikan "Laneige Water Sleeping Mask" bukan? Agak-agak okay tak? Harap okaylah nak beli yang trial pack punya dulu ehehe...

Hasil carian imej untuk Laneige Water Sleeping




33 comments

  1. sheet mask memang best tapi kan hanis i penah baca yang sheet mask ni takleh bawak tido kena pakai sampai masa then bukak 😊 just sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha tu lah ada dengar juga hahaha kalau tak tertidur memang Hanis buang sheet mask tu tapi tulah kadang-kadang pakai sampai tertidur bangun-bangun mask tu hilang ke mana tah hehe

      Padam
  2. Saya selalu buat home remedies mask. Campurkan madu dan kunyit dan kemudian sapu di wajah. Biar selamat satu jam dan dapat rasa kulit lebih cerah dan lembut. Sangat puas hati.

    BalasPadam
  3. Rajinnya buat mask sendiri bagus-bagus. Mask sendiri lagi selamat sebenarnya tapi Hanis ni balik kerja pun kadang dah lewat malam lebih pukul 10 tu yang takde masa sangat nak buat mask sendiri huhuhu hujung minggu bolehlah...

    BalasPadam
  4. Laneige Water Mask tu memang best - saya dah pakai and now nak beli yang second plak. Best!

    BalasPadam
  5. akk dulu masa muda2 malas pakai mask. Dah tetua mcm ni baru nak beringat. Pebtibg sebenarnya mask muka ni

    BalasPadam
  6. but kena rajin jugak, i always beli then terlupa nak guna, ended up expired. haha

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
  7. CCL pun jnis oily skin , kalau pakai mask pun hanya seminggu sekali . Lepas baca entri ni bari tahu kena pakai 3-5 kali seminggu

    BalasPadam
  8. Dah lama I tak ada guna mask. Need to be hardworking a bit after this.

    BalasPadam
  9. Serinwangi dah lama tak pakai mask nti nk traylah

    BalasPadam
  10. ok. baru tahu banya jenis mask yang ada rupamya. Fiefi ni sejenis yang kurang bermas-mask sangat hihi

    BalasPadam
  11. akak kalau rajin pakai la mask..kalau malas tak le nak pakainya

    BalasPadam
  12. Sis sampai sekarang mmg suka pakai mask, Laneige Water Mask tu pun bagus..:D

    BalasPadam
  13. I'm so lazy to use mask, always buy but no time to use,I tthink sleeping mask will be the problem solver.hahaha

    BalasPadam
  14. Tu masalah kami orang laki ni tak suka pakai mask tak kiralah time malam ker nak tido ker hehehehe tapi nampak ramai lelaki sekarang yang menjaga penampilan wajah dengan semua ni satu yang baik..

    BalasPadam
  15. Best juga pakai mask ni sebelum tido. Bangun pagi flawless je muka. macam-macam dah cuba mask ni. Suka beli mask rm1 kt BTS.

    BalasPadam
  16. Dulu rajin juga pakai sheet mask ni, tapi sekarang 2 kali sebulan ja guna. Bukan apa cuma masa tak mengizinkan plus malas hihih.. Sheet mask sis pun boleh jadi koleksi dah

    BalasPadam
  17. Sis biasa buat masker sndiri je. X berapa rajin nk pakai krim siang or malam. Paling pnting rajin cuci muka n bersihkan makeup sbelum tido..

    BalasPadam
  18. hi jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  19. Salam singgah sini lagi :)

    btw, jom join GA saya

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    BalasPadam
  20. Mrs. A jarang pakai mask mungkin sebab kulit bukan jenis berminyak kot.

    BalasPadam
  21. Hai hanis dan semua. kalau berminat dgn sheet mask. boleh usha instagram @maskkoreamurah. atau boleh terus ws saya ke +60143060251. sy penjual sheet mask pelbagai jenama. terima kasih

    BalasPadam
  22. Hi hanis. Saya ada cadangan maks yg best. Specialynya, kalu muka jenis berminyak ke, kering ke or kombinasi semua boleh pakai. Best. Nak tahu lanjut boleh saya share. Wasap je 011-11548031

    BalasPadam
  23. Boleh ke ek pakai sheet mask dua kali ? Macam kita dah pakai sekali , bukak lepas 30 minit , masukkan balik dalam paket dia then lusa pakai lagi. Boleh ke macam tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh tak boleh pakai macam tu. Sheet mask boleh pakai sekali je tak boleh ulang pakai. Tapi dia punya essence yang berbaki tu boleh tuang ke tangan lepastu apply kemuka and leher, baru tak membazir haa gitu =)

      Padam
  24. boleh tak bagi jenis sheet mask u tuk kulit kombinasi

    BalasPadam
  25. boleh x bagi cadangan sheet mask untk kulit kombinasi

    BalasPadam
  26. boleh x bagi cadangan sheet mask untk kulit kombinasi

    BalasPadam